Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Yumi’s Cells’ Raih Rating Biasa, Penonton Tak Sabar Tunggu Musim Kedua

Episod Akhir ‘Yumi’s Cells’ Raih Rating Biasa, Penonton Tak Sabar Tunggu Musim Kedua

Akhirnya “Yumi’s Cells” menamatkan tayangan selepas 14 episod menyajikan hubungan naik turun di antara Yu-mi dan Go Woong.

Sinopsis

Untuk pengetahuan anda, “Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

Orang yang betul, masa yang salah

[Amaran SPOILER]

Yu-mi (Kim Go-eun) dan Go Woong (Ahn Bo-hyun) bertemu kembali di tempat pertama mereka berjumpa selepas memilih untuk berehat seketika daripada hubungan mereka. Membuat keputusan yang lama selain mempertimbangkan hala tuju dan kemahuan masing-masing yang berbeza, kedua mereka memilih untuk berpisah di mana Yu-mi sepertinya masih lagi mengharapkan hubungannya dan Go Woong kembali pulih namun memilih untuk putus kerana lelaki itu yang mahukannya.

tvn yumi's cells

Menyedihkan apabila hubungan ketiga Yu-mi yang serius berakhir dalam masa 1 tahun, 1 bulan dan 4 hari.

Di akhir tayangan, drama itu memaparkan kata-kata ‘jumpa anda di musim kedua’ namuan pihak tvN masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenainya.

Rating biasa

Sepanjang tayangan, “Yumi’s Cells” hanya mampu mencapai rating dalam lingkungan 2% sahaja di mana episod akhirnya terpaksa berpuas hati dengan catatan 2.5% sahaja.

tvn yumi's cells

Pun begitu, drama ini nyata disukai ramai kerana plotnya yang hampir serupa dengan webtoon asal selain kesemua efek grafik setiap sel dipaparkan nampak comel dan menghiburkan. Tanpa mereka, hilanglah seri “Yumi’s Cells”!

Anda dah ready untuk musim kedua “Yumi’s Cells”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...