Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘The Uncanny Counter’ Raih Rating Tertinggi Di OCN, Penonton Tak Sabar Nantikan Musim Kedua

Episod Akhir ‘The Uncanny Counter’ Raih Rating Tertinggi Di OCN, Penonton Tak Sabar Nantikan Musim Kedua

Meskipun tiada sangat ‘hype’ pada awalnya, namun “The Uncanny Counter” muncul sebagai drama hebat bagi awal tahun 2021.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

[Amaran SPOILER]

Penonton puas hati dengan ending

Akhirnya kesemua ahli ‘Counter’ menemui bahagia mereka, walaupun pada awalnya kesemuanya seperti tidak mahu menyambung tugasan menangkap roh jahat tetapi keempatnya menerima tawaran Pejabat Imigresen Roh untuk meneruskan kerja tersebut. Bahkan mereka dapat sut baru yang lebih lawa dan menarik daripada sebelumnya!

episod akhir the uncanny counter

Kalau anda nak tahu, “The Uncanny Counter” sudah pun disahkan  bakal memasuki ke musim kedua nanti. Jadi, saksikan sambungan kisah mereka di dalamnya.

Rating rekod sejarah di OCN

Kehebatan “The Uncanny Counter” memang tak boleh dinafikan kerana naskhah ini telah mencipta sejarah dalam saluran OCN sejak ia ditayangkan. Bahkan episod terkahirnya mencatatkan rating 11% iaitu satu angka yang pertama kali pernah diraih oleh saluran kabel itu. Dahsyat!

Korang sememangnya patut menonton drama ini, serius best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...