Ikuti Kami:

Episod Akhir Raih Rating Terbaik OCN Untuk 2020, Ending ‘Missing: The Other Side’ Buat Ramai Mahu Musim Ke-2

Episod Akhir Raih Rating Terbaik OCN Untuk 2020, Ending ‘Missing: The Other Side’ Buat Ramai Mahu Musim Ke-2

Sedihnya apabila drama best menamatkan tayangannya, rasa macam kosong hari-hari mendatang. Sama juga perasaan ini apabila mengucapkan selamat tinggal kepada drama “Missing: The Other Side”.

Sinopsis ringkas

Drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Kim Wook (Go Soo) seorang penipu telah bergabung tenaga dengan Jang Pan-seok (Heo Joon-ho) dan merentasi jambatan di antara dunia nyata dan perkampungan misteri itu. Lee Jung-ah (Ahn So-hee) pula menjalani dua kehidupan yang berbeza iaitu seorang pekerja kerajaan normal pada siangnya dan berubah menjadi penggodam apabila malam menjelma. Dengan bakat yang ada, wanita itu membantu Kim Wook menyelesaikan segala misteri yang ada.

missing: the other side

Penamat sedih dan bahagia

[Amaran SPOILER]

Misi Kim Wook, Jang Pan-seok dan Lee Jung-ah untuk mencari mayat yang hilang bagi melepaskan roh yang berkeliaran di perkampungan misteri tersebut tetap diteruskan. Selepas melalui beberapa kesukaran, akhirnya mayat Thomas (Song Gun-hee) dan Choi Ye-na (Son Eun-soo) turut dijumpai lantas perkampungan Du-on mula hilang daripada pandangan mata mereka menandakan tiada lagi roh yang menghuninya.

Lebih menyedihkan kerana sebab utama Kim Wook dan Jang Pan-seok boleh melihat perkampungan halimunan tersebut adalah kerana kedua-dua orang tersayang mereka iaitu anak lelaki tua itu, Hyun-ji dan mak Kim Wook mempunyai kaitan dengannya. Hiba melihat mereka menangis teresak-esak selepas berjumpa buat kali terkahir dengan orang yang paling dirindui.

episod akhir missing: the other side

Walaubagaimanapun, penghujung drama ini membuktikan bahawa perkampungan sedemikian sebenarnya bukanlah ada satu sahaja dan masih ada lagi roh lain yang berkeliaran kerana jasad mereka yang masih belum ditemui. Ini nyata memberikan harapan kepada musim kedua namun mungkin dengan barisan pelakon yang sama atau pun yang baru, siapa tahu?

Rating catat rekod di OCN

Betapa hebatnya drama fantasi misteri ini kerana ianya mencatatkan rekod rating terbaik bagi saluran OCN untuk tahun 2020 ini. Untuk episod terakhir “Missing: The Other Side” berjaya meraih rating 4.8% yang juga merupakan rekod peribadi terbaik drama lakonan Go Soo dan Ahn So-hee ini.

Mungkin disebabkan gandingan hebat di antara Go Soo dan Heo Joon-ho membuatkan ramai yang tak lupa menontonnya pada saban episod atau pun kisah sedih setiap roh ini yang mati akibat perlakuan jahat orang lain menyebabkan ramai yang turut berasa sedih sekali.

episod akhir missing: the other side

Walaupun 12 episod sahaja, “Missing: The Other Side” ternyata padat dengan plot yang menarik dan merupakan antara drama yang patut ditonton oleh peminat drama fantasi dan misteri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...