Ikuti Kami:

Episod Akhir Minggu Hadapan, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Tamat Penggambaran Minggu Ini

Episod Akhir Minggu Hadapan, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Tamat Penggambaran Minggu Ini

Sedihnya bila mengenangkan drama kegemaran ramai iaitu “Hometown Cha Cha Cha” bakal tamat tak lama lagi.

Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Menurut laporan eksklusif, drama tvN itu akan menyelesaikan penggambaran pada 6 Oktober nanti. Meskipun pelan asal mungkin terganggu dek cuaca dan perkara lain namun pihak produksi mensasarkan untuk menamatkan semuanya dalam minggu ini juga.

tvn hometown cha cha cha

Untuk pengetahuan semua, “Hometown Cha Cha Cha” akan menayangkan episod akhir pada 17 Oktober nanti.

Bosan lah tak dapat tengok kemeriahan penduduk Gongjin lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...