Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Raih Rating Tertinggi, Buat Penonton Menangis & Tertawa Bersama

Episod Akhir ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Raih Rating Tertinggi, Buat Penonton Menangis & Tertawa Bersama

Sedih lain macam kan bila K-Drama kegemaran kita menamatkan siarannya? Rasa macam makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah apabila teringatkan lakonan hebat pelakon dan plot mantap yang ditonjolkan. Sama juga perasaan ini apabila drama popular “It’s Okay To Not Be Okay” kini sudah pun selamat menayangkan episod terakhirnya kelmarin.

[Amaran SPOILER]

Kesudahan yang dinantikan

Selepas hampir dibunuh oleh ibu kandung Mun-yeong iaitu Do Hui-jae (Jang Young-nam), Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), Moon Sang-tae (Oh Jung-se) dan Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji) cuba memulakan kehidupan yang baru. Pun begitu, penulis buku kanak-kanak itu berterusan berasa bersalah kerana merasakan dia sering membawa masalah dalam kehidupan adik-beradik itu lantas berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada mereka.

episod akhir it's okay to not be okay

Namun mengetahui tembok yang cuba dibina oleh Mun-yeong, Gang-tae meluahkan perasaan cintanya sebelum wanita itu kalah akhirnya. Malah keluarga baru itu telah memulakan penggembaran mereka ke seluruh tempat dengan kereta perkhemahan yang sudah lama diimpikan.

Langsung tak pernah berpisah semasa membesar, Sang-tae membuat keputusan paling penting dalam hidupnya untuk meneruskan impiannya sebagai pelukis buku kanak-kanak dan mahu berdikari tanpa berharap pada Gang-tae lagi. Kesudahan penuh tangisan tapi ia adalah air mata kegembiraan!

episod akhir it's okay to not be okay

episod akhir it's okay to not be okay

Komen peminat

“It’s Okay To Not Be Okay” adalah sebuah drama psikologi yang sangat sempurna dan semakin lengkap apabila dilakonkan oleh pelakon yang pandai menghidupkan setiap watak yang ada. Daripada awal tayangan, penonton disajikan dengan perkembangan karakter setiap watak terutamanya Mun-yeong, Gang-tae dan Sang-tae. Daripada memendam luka daripada masa silam sehingga mengubatinya pada akhir cerita, penonton turut sama melalui proses penyembuhan tersebut.

Kalau ada sedikit pun kritikan, ada segelintir penonton yang sepertinya mahukan sedikit lagi latar belakang kepada kehilangan Do Hui-jae kononnya selepas ‘dibunuh’ sebelum kembali dan bertugas sebagai Jururawat Park di Hospital Psikiatri OK. Tapi kalau anda perasan, tidak ada penceritaan yang jelas pada peristiwa bapa Mun-yeong membunuh ibunya, mungkin ini adalah teknik penceritaan yang diterapkan dalam “It’s Okay To Not Be Okay”.

episod akhir it's okay to not be okay

Apa pun, drama yang sarat dengan pengajaran ini nyata berjaya membuatkan penonton menangis dan ketawa pada setiap episod. Bahkan pelakon sampingan juga memberikan persembahan yang hebat, sampaikan naskhah tak habis dicurahkan dengan pujian melambung. Lagi best apabila drama ini merekodkan rating tertinggi semasa episod terakhir iaitu 7.3%, hebat!

Siapa yang dah rindu, apa lagi tonton kembali kesemua 16 episod “It’s Okay To Not Be Okay” hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...