Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Itaewon Class’ Raih Rating Terbaik! Penonton Beri Reaksi Positif & Negatif Buat Endingnya

Episod Akhir ‘Itaewon Class’ Raih Rating Terbaik! Penonton Beri Reaksi Positif & Negatif Buat Endingnya

Akhirnya tamat sudah drama “Itaewon Class” selepas 16 episod ditayangkan. Penonton kini boleh menarik nafas lega selepas melihat konspirasi Jangga dan kesusahan yang dialami oleh Saeroyi untuk menyelamatkan restorannya delain membalas dendam atas kematian ayahnya.

[Amaran SPOILER]

Kesudahan “Itaewon Class”

Saeroyi tak tentu arah bagi mencari jalan untuk menyelamatkan Yiseo dan Geunsoo yang telah diculik oleh orang suruhan CEO Jang. Berdepan dengan lelaki tua jahat itu, Saeroyi melutut dan akhirnya mendapat lokasi tepat mereka disembunyikan dan dia mempersoalkan kepada CEO Jang sama ada kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna kepadanya sehinggalah dia berlalu pergi meninggalkan lelaki tua tersebut yang terdiam seribu bahasa.

Dalam pergelutan di antara Geunsoo, Yiseo dan orang suruhan CEO Jang, gadis itu berjaya melarikan diri manakala Geunsoo hampir dibunuh namun berjaya diselamatkan oleh Geunwon dan meminta dia supaya tidak mencampuri urusan berbahaya ini. Semasa berlari, Yiseo terserempak dengan Saeroyi namun mereka terpaksa melarikan diri semula selepas dijumpai oleh geng tersebut tetapi Seungkwon yang melawan penjahat tersebut dalam membantu pasangan kekasih itu.

episod akhir itaewon class

Semasa dalam pelarian, Saeroyi berhenti seketika dan menyatakan rasa cinta kepada gadis itu sebelum Geunwon datang merosakkan momen tersebut. Semasa sedang bergaduh, Yiseo berlari ke jalan utama dan bernasib baik kerana dengan pihak polis dan akhirnya persengketaan mereka tamat selepas Geunwon dan geng tersebut akhirnya ditangkap atas jenayah mereka.

Meskipun selama ini Sooah dianggap sebagai gunting dalam lipatan kerana sanggup bekerja dengan Jangga, tetapi dialah yang telah menyerahkan segala bukti mengenai segala kejahatan dan jenayah yang dilakukan di bawah nama syarikat besar itu. Tak sangka sebenarnya cinta pertama Saeroyi ini sebenarnya bekerja di bawah Jangga dengan niat untuk membalas dendam atas kematian lelaki itu namun disalah ertikan oleh semua. Wanita itu ‘minta berhenti’ daripada menjadi rakan Saeroy dan berharap agar dia hidup bahagia bersama Yiseo.

Jangga kini menjadi milik IC Co. dan Saeroyi berpuas hati kerana impiannya selama ini telah tercapai selain berjaya menjatuhkan CEO Jang yang telah merosakkan hidupnya suatu ketika dahulu. Lelaki tua itu menangisi nasibnya namun dia dengan dinginnya meneruskan dengan pengambil alihan restoran yang kini sudah hampir bankrap itu.

episod akhir itaewon class

Akhirnya, Yiseo dan Saeroyi bersama juga akhirnya selepas ribuan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka. Walaupun asyik mengatakan jarak umur mereka terlalu berbeza, tetapi akhirnya Saeroyi akur dan tak mampu lagi membendung perasaannya kepada gadis muda itu. Dapat dilihat bahawa mereka berdua bahagia pada kesudahan drama ini.

episod akhir itaewon class

[SPOILER Tamat]

Rating meletup sakan!

Bagi episod terakhir “Itaewon Class” yang ditayangkan, ianya berjaya mengaut rating yang sangat membanggakan. Menurut Nielsen Korea, purata rating yang dicatatkannya ialah 16.5% di seluruh negara dan 18.3% untuk kawasan metropolitan Seoul. Lantas menjadikan ia sebagai rekod peribadi terbaik oleh drama tersebut!

Kalau anda nak tahu, “Itaewon Class” kini memegang rekod sebagai rating kedua tertinggi dalam sejarah saluran JTBC. Namun ianya masih tak mampu mengalahkan kehebatan rating yang dicatatkan oleh drama popular “SKY Castle” di mana ia bukan sahaja memegang rekod di saluran tersebut bahkan untuk keseluruhan saluran kabel di Korea. Hebat!

Reaksi penonton

Sebagai sebuah drama yang boleh tahan popular untuk awal tahun 2020 ini, sudah pasti ramai yang mempunyai pendapat dan reaksi sendiri mengenai perkembangan cerita “Itaewon Class” Kebanyakan daripada penonton merasakan bahawa kesudahan drama ini sedikit kelam-kabut dan ramai yang tidak dapat keserasian di antara watak Saeroyi dan Yiseo sehingga boleh membuatkan mereka bercinta. Pun begitu, ramai yang memuji lakonan yang ditunjukkan oleh Yoo Daemyung (CEO Jang) dan Ahn Bohyun (Geunwon).

Drama ini bermula dengan seronoknya tetapi kesudahannya membuatkan saya mempersoalkan sama ada ia adalah drama yang sama. Episod terakhir adalah yang paling bosan sekali…

 

/mengeluh/ Merugikan sahaja bakat lakonan para pelakon. Apa yang terjadi dengan plot awal yang yang kukuh dan terperinci dahulu? Drama ini jatuh merudum ke jalan yang salah dan terus hilang pada saat akhirnya.

 

Sedikit rawak apabila Saeroyi tiba-tiba sukakan Yiseo, tiada apa yang menarik perhatian saya.. Mereka kelihatan lebih seperti adik beradik dan bukannya pasangan bercinta. Tak padan langsung… Tiada perkembangan yang cukup untuk menggambarkan proses jatuh cinta antara dia dan Yiseo…

 

Yang bagusnya tentang drama ini kerana saya dapat mengenali pelakon bernama Yoo Jaemyung dan Ahn Bohyun.

 

Kenapa saya tidak teruja langsung melihat babak ciuman di antara Saeroyi dan Yiseo?

 

Ini adalah webtoon kegemaran saya.. dan drama ini memuaskan. Apalah yang saya nak tonton lagi selepas ini?

 

Lakonan Yoo Jaemyung adalah yang terbaik… Saya berasa sedikit kasihan.

 

Saya menonton sehingga ke akhirnya kerana usaha dan tenaga yang saya dah curahkan kepada drama ini.

Saya rasa mereka sepatutnya mengambil penulis profesional selepas ini. Apa yang saya dapat daripada drama ini ialah mengenali seorang pelakon baru bernama Ahn Bohyun.

Sumber: XSportsNews

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...