Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Hospital Playlist 2’ Bakal Bersiaran Selama 2 Jam 40 Minit

Episod Akhir ‘Hospital Playlist 2’ Bakal Bersiaran Selama 2 Jam 40 Minit

Pastinya ramai yang senyum sampai telinga semasa menonton “Hospital Playlist 2” pada minggu lalu kan?

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pasangan ‘Ik-song’ (Jeon Mi-do dan Jo Jung-suk) serta ‘GomGom’ (Kim Dae-myung dan Ahn Eun-jin) sudah pun mengakui perasaan cinta antara mereka.

Bakal menayangkan episod terakhir pada minggu ini, sudah pasti ramai yang tak sabar menantikan kesudahan musim kedua ini dan bagaimana ianya akan membawa ke musim baru nanti.

Bagi mencapai jangkaan peminat, nampaknya episod ke-12 “Hospital Playlist 2” dikhabarkan akan ditayangkan selama 2 jam 40 minit. Satu waktu siaran yang lebih lama berbanding episod sebelum ini.hospital playlist 2Menurut jadual ini, ianya akan bersiaran daripada jam 9 malam (waktu Korea) hingga 11.40 malam sebelum disambung dengan episod “House Of Wheels” bersama pelakon filem “The Pirates 2”.

Mungkin terdapat banyak perkara yang perlu dirungkai, penonton nampaknya perlu menyiapkan diri bagi menghadapi episod yang seperti filem itu. Berdebarnya!

Anda rasa apa yang akan jadi episod akhir nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...