Kalau korang perasan, terdapat lambakan K-Drama yang dihasilkan sejak beberapa tahun ini. Malah ada antaranya yang sukar untuk mendapatkan perhatian dek saingan hebat pelbagai naskhah.
Sama seperti drama “Oh! Youngshim” yang dibintangi Donghae SUJU dan Song Ha-yoon di mana ia menunjukan catatan membimbangkan sejak dari awal tayangannya. Dari 0.6% pada episod pertama, drama romantik itu perlu berpuas hati dengan rating 0.1% ketika episod ke-10 yang ditayangkan baru-baru ini.
Untuk pengetahuan, “Oh! Youngshim” ialah drama komedi romantik mengenai seorang lelaki yang kembali menjumpai cinta pertamanya apabila dewasa.
Dalam episod akhir ini, Wang Kyung-tae akhirnya menyedari bahawa dia salah anggap kelakuan Oh Young-shim dan mereka akhirnya menemui bahagia bersama.
Susah nak capai rating tinggi sekarang..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉