Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Extraordinary You’ Bawa Penonton Berteka-Teki Tentang Musim Kedua

Episod Akhir ‘Extraordinary You’ Bawa Penonton Berteka-Teki Tentang Musim Kedua

Pejam celik, pejam celik, drama romantik klisé iaitu “Extraordinary You” telah menamatkan tayangannya pada Khamis lepas. Meskipun baru sahaja habis, semua penonton dah jatuh rindu dengan watak yang dibawakan oleh Kim Hyeyoon, Rowoon dan Lee Jaewook!

Bukan anda sahaja yang rindu, bahkan barisan teraju utama drama remaja ini juga telah meluahkan rasa sedih mereka kerana “Extraordinary You” sudah sampai ke penghujungnya.

Kim Hyeyoon yang menjayakan watak Eun Daoh, seorang gadis yang menyedari bahawa dia merupakan watak sampingan di dalam sebuah komik, “Secret” dan mula berusaha untuk mengubah nasibnya. Dia meluahkan, “Sangat seronok dapat berlakon dengan pelakon yang sebaya dengan saya. Kami mulakan penggambaran pada awal musim panas dan tamatkannya pada musim sejuk. Saya banyak belajar ketika ini dan saya rasa saya perlu bekerja lebih keras sebagai seorang pelakon. Saya juga merasakan bahawa saya akan teringat tentang drama ini setiap kali menjelang musim panas. Terima kasih kepada semua penonton yang menyokong “Extraordinary You” dan Danoh.”

kim hyeyoon extraordinary you

Watak Haroo yang dilakonkan oleh Rowoon daripada kumpulan SF9 pada awalnya tidak mempunyai nama di dalam komik tersebut sehinggalah Danoh yang menamakannya. Lelaki itu berkongsi, “Pada mulanya, saya merasakan sangat tidak selesa dan yakin kerana watak saya adalah sangat susah. Walaubagaimanapun, semakin drama ini berterusan, saya berasa sangat gembira dengan kualiti Haroo yang ditonjolkan menerusi pergerakan dan pemikiran saya. Apabila saya membaca skrip, saya melihat daripada sudut pemikiran Haroo dan bukannya Rowoon. Apabila saya menyarungkan kasut dan pakaian, bercakap, mahupun melakukan gerakan, semakin Haroo ‘manjadi’. Saya berusaha sangat keras untuk menghidupkan watak Haroo dalam drama ini. Terima kasih kerana menghargainya.”

rowoon extraordinary you

Bagi Lee Jaewook yang membawa watak Baek Kyung, tunang Danoh yang mula menyukai gadis itu kemudiannya. Lelaki yang kian popular ini memulakan ucapannya dengan megatakan bahawa dia akan merindui semua orang dan menambah, “Disebabkan drama ini dicipta semasa bekerjasama dengan pelakon yang sebaya saya, saya rasakan mereka pasti akan kekal di dalam ingatan saya. Saya sangat berharap agar dapat berjumpa lagi dengan mereka menerusi peluang yang lain.”

extraordinary you lee jaewook

Episod terakhir “Extraordinary You” berjaya menyentuh hati semua penonton kerana Danoh dan Haroo bersama juga pada akhirnya. Tetapi ada yang sedikit tidak puas hati kerana penutupnya itu sedikit terbuka kerana mereka tidak tahu apa yang bakal bersambung di dalam komik “Secret” seterusnya yang mampu mengubah jalan cerita pasangan itu.

extraordinary you

Mungkinkah ada musim kedua?

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...