Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Raih Rating Baik, Penonton Beri Respons Baik-Buruk Buat Ending

Episod Akhir ‘Do Do Sol Sol La La Sol’ Raih Rating Baik, Penonton Beri Respons Baik-Buruk Buat Ending

Tamat sudah drama “Do Do Sol Sol La La Sol” selepas 16 episod ke udara, antara drama ringan yang dicintai penonton kini!

Buat yang tak tahu, ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo Ra-ra (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki dingin dan misteri iaitu Sunwoo Jun (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

episod akhir do do sol sol la la sol

[Amaran SPOILER]

Selepas membuatkan penonton berdebar kerana sedutan ending yang mendebarkan, semua akhirnya dapat menarik nafas lega apabila menonton episod akhir kelmarin. Rata-ratanya mula bersedih apabila mengetahui bahawa Jun menghidapi penyakit Leukemia dan mungkin tidak dapat hidup lama bahkan lelaki itu membuat keputusan drastik untuk meninggalkan Ra-ra tanpa sebarang khabar berita.

Malah dia juga dikatakan sudah ‘mati’ sehingga membuatkan Ra-ra hidup dalam kesedihan beberapa tahun lamanya. Namun dengan kuasa cinta, Jun tiba-tiba muncul semula di hadapan wanita itu selepas 5 tahun menghilangkan diri. Kononnya dia mahu sembuh sepenuhnya sebelum bersama dengan Ra-ra.

episod akhir do do sol sol la la sol

Walaupun ia berakhir gembira, penonton meluahkan rasa keliru dengan kesudahan drama ini yang memberi bayangan Jun sudah tiada lagi sehingga membuatkan Ra-ra hidup sedih sedangkan lelaki itu sebenarnya masih hidup lagi. Agak selfish kata mereka!

[SPOILER Tamat]

Rating baik

Mungkin sebab ianya merupakan drama yang ringan, jadi ramai yang menontonnya bagi menonton drama yang comel dan tidak membebankan. Oleh itu, rating yang diraihnya sepanjang tayangan juga berada dalam lingkungan catatan yang baik. Malah episod akhirnya juga berjaya mencatatkan rekod 4.1%, hampir dengan rekod terbaiknya iaitu 4.2%.

Bagi yang belum menonton, jangan lupa marathon “Do Do Sol Sol La La Sol” di Netflix sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...