Ikuti Kami:

Episod Akhir Catat Rating Baik, Penonton Gembira Lihat Ending ‘True Beauty’

Episod Akhir Catat Rating Baik, Penonton Gembira Lihat Ending ‘True Beauty’

Akhirnya tamat juga drama kegemaran ramai iaitu “True Beauty”, sedih betul, rasa macam tak bersemangat apabila memikirkan tiada lagi episod baru drama remaja ini.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa kisah Im Joo-kyung (Moon Ga-young) yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho (Cha Eun-woo) iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.

episod akhir true beauty

Episod akhir undang seribu rasa

[Amaran SPOILER]

Walaupun mengalami konflik semasa akhir tayangan, namun Su-ho dan Joo-kyung ternyata tidak dapat membendung rasa cinta antara satu sama lain. Yang sedihnya apabila Seo-jun sanggup melepaskan gadis itu dengan senyuman malah membantu dia mengejar Su-ho sedangkan dibelakangnya, lelaki ini menangisi cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Pun begitu, semuanya berakhir gembira apbila hubungan persahabatan antara Su-ho dan Seo-jun kembali terjalin termasuklah Su-jin (Park Yoo-na) yang memohon maaf kepada Joo-kyung atas kesalahannya. Lagi best, Seo-jun akhirnya mencapai impian untuk menjadi idola selain persembahannya disaksikan oleh rakan baiknya.

episod akhir true beauty

Apa pun, “True Beauty’ berjaya mencatatkan rating baik sepanjang tayangannya. Meskipun gagal melepasi rating 5% namun ia mempunyai kumpulan peminat yang sangat ramai. Sampaikan ia MESTI trending di serata laman media sosial setiap kali bersiaran.

Macam mana dengan korang? Puas hati tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...