Ikuti Kami:

“Episod 16..” – Bikin Meremang, Pengarah Beri Klu ‘The Glory’ Bakal Tamat Dengan Sempurna

“Episod 16..” – Bikin Meremang, Pengarah Beri Klu ‘The Glory’ Bakal Tamat Dengan Sempurna

Akhirnya, bahagian 2 “The Glory” bakal menemui penonton hari ini!

Baru-baru ini, para pelakon seperti Song Hye-kyo, Jung Sung-il, Cha Joo-young, Kim Gun-woo, dan Kim Hieora telah menyertai satu sidang media rasmi untuk mempromosikan bahagian 2 “The Glory”, bersama penulis dan pengarah Kim Eun-sook serta Ahn Gil-ho.

Bertemu dengan penonton yang sudah pun menonton episod 9 dan 10 lebih awal, penulis Kim Eun-sook berkata,

Adakah awak menikmati episod 9 dan 10? Ia akan menjadi lebih menarik bermula dari episod 11. Masih ada 6 episod lagi dan ia akan menjadi lebih menyeronokkan dari apa yang baru awak lihat.

Kemudian, pengarah Ahn Gil-ho turut menambah keterujaan penonton dengan menjelaskan,

Semasa mengerjakan bahagian 2, saya meminta pendapat kakitangan dan mereka berkata bahawa episod 10 lebih menyeronokkan dari episod 9 dan episod 11 lebih mendebarkan dari dua episod sebelumnya.

netflix the glory 2

Tambah pengarah lagi dengan menjanjikan pengakhiran yang sempurna buat “The Glory”,

Secara peribadi, saya rasa episod 16 akan menjadi yang paling menarik.

Jangan lupa tonton bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac hari ini di Netflix, jam 4 petang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...