Ikuti Kami:

Episod 15 Batal Dek Laporan Taufan Bavi, Tayangan Episod Akhir ‘Was It Love?’ Ditunda Ke 2 September

Episod 15 Batal Dek Laporan Taufan Bavi, Tayangan Episod Akhir ‘Was It Love?’ Ditunda Ke 2 September

Semakin mendekati penamat, semakin berdebar perasaan penonton setia drama “Was It Love?” kan?

Bagi yang tidak mengetahui, naskhah ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki daripada kisah lampaunya hadir semula dalam hidupnya dalam masa yang sama.

[Amaran SPOILER]

Selepas melalui babak saspens yang mendebarkan dalam episod minggu lepas, akhirnya No Ae-jung tidak mampu membendung perasaan cinta tehadap Oh Dae-oh yang sanggup mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan anak mereka, Ha-nee.

Dalam menantikan keseronokan untuk melihat babak romantik di antara kedua watak tersebut pada minggu ini, penonton terpaksa menanam keterujaan tersebut kerana tanpa semena-mena episod 15 yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Ogos tiba-tiba dibatalkan.

was it love? tangguh tayangan

Jangan marah dahulu, keputusan ini dibuat oleh stesen penyiaran JTBC bagi memberi laluan kepada berita eksklusif mengenai Taufan Bavi yang sedang memporak-perandakan Korea ketika ini. Dikhabarkan ribut tropikal ini mencapai kelajuan maksima sehingga 162 kilometer sejam selain mempunyai tekanan atmosfera sebanyak 945 hektopaskal.

Disebabkan oleh itu, episod ke-15 “Was It Love?” telah pun ditunda ke hari berikutnya iaitu 27 Ogos, pada waktu yang sama. Berkemungkinan besar, episod terakhir yang sepatutnya ke udara pada 27 Ogos akan dianjak ke hari Rabu minggu hadapan (2 September).

taufan baviBukan sahaja JTBC malah MBC turut menundakan tayangan episod ke-3 drama “When I Was The Most Beautiful” yang ditayangkan dalam slot yang sama bagi memberi laluan kepada laporan Taufan Bavi tersebut.

Walaupun sedikit kecewa, namun diharap peminat setia “Was It Love?” bersabar menantikan episod terbaru pada malam ini (27 Ogos).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...