Ikuti Kami:

ENHYPEN Jual Lebih 500,000 Album ‘Dimension: Dilemma’

ENHYPEN Jual Lebih 500,000 Album ‘Dimension: Dilemma’

ENHYPEN, kumpulan di bawah agensi Belift Lab yang telah dibentuk melalui program pertandingan survival ‘I-LAND’, telah berjaya memecah rekod.

Pada 12 Oktober, diumumkan bahawa ENHYPEN telah sertai kumpulan popular lain seperti BTS, EXO, BLACKPINK NCT DREAM, NCT 127, Bae-khyun dan SEVENTEEN setelah berjaya melepasi jualan album lebih 500,000 pada hari pertama mengikut carta Hanteo.

ENHYPEN telah berjaya memecahkan rekod baru-baru ini dengan album terbaru mereka ‘Dimension: Dilemma,’ yang merangkumi judul lagu ‘Tamed-Dashed’ yang kini telah mencecah 6 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang dari sehari.

enhypen

Pada hari pertama, ENHYPEN menjual 501,748 salinan album terbaru mereka memecahkan rekod mereka sendiri, dan mencatatkan penjualan hari pertama tertinggi sejak debut mereka.

Tahniah ENHYPEN atas pencapaian baru ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...