Ikuti Kami:

Ending Sempurna, Episod Akhir ‘Inspector Koo’ Catat Rating Biasa

Ending Sempurna, Episod Akhir ‘Inspector Koo’ Catat Rating Biasa

Sedihnya apabila “Inspector Koo” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin. Rasa macam tak puas kan?

Sinopsis

“Inspector Koo” ialah drama misteri komedi mengenai Koo Kyung-yi, seorang penyiasat insurans bijak. Tapi semuanya berubah apabila dia mula hidup menyendiri selepas kematian suami. Pun begitu, dia masih lagi menyelesaikan banyak kes sebelum terlibat dengan seorang pelajar kolej yang merupakan pembunuh bersiri.

Selesai semuanya

[Amaran SPOILER]

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! K (Kim Hye-jun) yang menyangkakan bahawa dia lebih bijak dari Kyung-yi (Lee Young-ae) akhirnya terpaksa tunduk dengan pelan bijak wanita itu untuk memerangkapnya.

Bahkan identiti sebenar Santa (Baek Sung-chul) juga dibongkarkan dan dia kini, merupakan antara orang bawahan yang dipercayai Kyung-yi meskipun insiden lama yang berbelit antara mereka.

jtbc inspector koo

Lebih menyeronokkan apabila episod akhir itu ditutup dengan tetamu istimewa buat skuad siasatan itu iaitu Lee Young-ae sendiri! Malah K juga sepertinya menemui ‘rakan’ baru di dalam penjara. Adakah akan ada musim kedua? Sama-sama kita nantikan!

Rating biasa

Meskipun menampilkan plot yang memuaskan selain lakonan mantap dari barisan pelakon utama, nampaknya “Inspector Koo” terpaksa berpuas hati dengan rating biasa sahaja sepanjang tayangannya.

Hanya mampu berlegar-legar dalam lingkungan 1% ke 2% sahaja, drama misteri ini berakhir dengan catatan 2.312%. Pun begitu, ramai yang meluahkan rasa puas hati dengan ending yang disajikan buat mereka.

Komen korang mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...