Ikuti Kami:

Ending Penuh Bahagia, Episod Akhir ‘My Roommate Is A Gumiho’ Catat Rating Baik

Ending Penuh Bahagia, Episod Akhir ‘My Roommate Is A Gumiho’ Catat Rating Baik

Selepas berminggu menghiburkan ramai, akhirnya “My Roommate Is A Gumiho” telah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

“My Roommate Is A Gumiho” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-yong) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-Yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

tvn my roommate is a gumiho

Semua bahagia

[Amaran SPOILER]

Nampaknya kesemua pasangan dalam “My Roommate Is A Gumiho” akhirnya menemui bahagia mereka. Walaupun menghadapi situasi sulit namun Shin Woo-yeo kemudiannya dilahirkan sebagai manusia dan diikat dengan tali yang menghubungkannya dengan Lee Dam. Bahkan mereka juga dilihat mula menjalani kehidupan bersama seperti pasangan manusia biasa.

Do Jae-jin (Kim Do-wan) dan Yang Hye-sun (Kang Han-na) juga turut berbahagia meskipun lelaki itu terpaksa menyertai latihan khidmat ketenteraan. Malah kesemua watak lain seperti Gye Sun-woo (Bae In-hyuk), Lee Dan (Choi Woo-sung) dan Gye Seo-woo (Kim Do-yeon) merasai kegembiraan dengan perubahan dalam kehidupan mereka, tak kisahlah perhubungan baru mahupun permulaan yang berbeza.

tvn my roommate is a gumiho

Rating baik

Walaupun bermula dengan 5%, namun “My Roommate Is A Gumiho” hanya mampu bertahan dalam lingkungan rating 3% ke 4% sahaja sehingga ke penghujung tayangannya, Walaubagaimanapun, catatan itu merupakan suatu rekod yang memuaskan kalau dibandingkan dengan drama lain yang ditayangkan dalam slot sama.

Bgai episod terakhir ini, “My Roommate Is A Gumiho” meraih rating sebanyak 4.0% dan merupakan rekod yang terbaik semasa tayangan separuh keduanya.

Sedih tak drama ini dah habis?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...