Ikuti Kami:

Ending Pahit Manis Buat ‘Stove League’, Permintaan Musim Ke-2 Dalam Pertimbangan!

Ending Pahit Manis Buat ‘Stove League’, Permintaan Musim Ke-2 Dalam Pertimbangan!

Sedihnya apabila sesuatu drama Korea fave kita tamat tayangan. Rasa macam kosong dan dah mula rindu nak lihat keserasian antara kesemua pelakon dan juga plot ceritanya yang menghiburkan. Sama juga apabila drama “Stove League” dibawah saluran SBS akhirnya melabuhkan tirai pada 14 Februari baru-baru ini.

Sinopsis “Stove League”

Drama ini membawa kisah satu pasukan besbol ‘Dreams’ yang sudah tidak mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan dipandang enteng oleh peminat mereka sendiri. Bagi mengubah situasi pasukan itu, Baek Seungsoo (Namgoong Min) telah hadir sebagai pengurus baru. Lee Seyoung (Park Eunbin) pula ialah satu-satunya pengurus wanita untuk pasukan besbol di Korea dan dia sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus menguruskan ‘Dreams’.

drama stove league

Walaupun nampak berkarisma dan teratur, siapa sangka bahawa Pengurus Seungsoo sebenarnya mempunyai banyak bebanan yang ditanggungnya. Kisah lampaunya yang sedih sentiasa menghantui dirinya. Melihatkan hal itu, Seyoung sentiasa berdiri di sebelah lelaki itu untuk membantu meringankan kepayahan dalam mengemudi pasukan ‘Dreams’.

Halangan akhir yang mendebarkan

Perjalanan pasukan ‘Dreams’ ternyata penuh liku sepanjang 16 episod “Stove League” ini. Bukan sahaja ahli kelab besbol itu yang ditimpa masalah bahkan dua orang pengurusnya iaitu Seungsoo dan Seyoung terpaksa bertungkus-lumus mengusahakan pelbagai cara bagi terus menghidupkan pasukan yang dipenuhi bakat tersebut.

[Amaran SPOILER]

‘Dreams’ melalui krisis kritikal apabila mereka berada diambang perpecahan kerana pemilik besar pasukan itu sudah tidak mahu menjaga dan ingin membubarkan sahaja kelab tersebut. Tidak mahu mengecewakan ahli ‘Dreams’ dan Seyoung, Seungsoo berusaha mencari jalan keluar dan meminta pemilik tersebut menjual sahaja pasukan itu. Semakin merunsingkan apabila mereka tidak berjaya mencari pelabur yang berminat selain kelab lain yang berebut-rebut meletakkan tawaran tinggi untuk membeli beberapa pemain ‘Dreams’.

dreams stove league

Setelah mencuba nasib, Seungsoo dapat meyakinkan seorang pembeli yang bersetuju dengan harga, tempat perlawanan dan permintaan yang ditetapkan olehnya tetapi dengan syarat, dia akan meletakkan jawatan sebagai pengurus ‘Dreams’. Akur dengan permintaan itu, dia akhirnya melangkah keluar dan meninggalkan kelab itu di bawah jagaan Seyoung.

park eunbin stove league

Babak terakhir drama “Stove League” adalah sedikit pahit tetapi manis apabila pasukan ‘Dreams’ berjaya mencipta nama dalam arena besbol tempatan. Wajah Seungsoo yang tersenyum bahagia selepas mendengar perkembangan bekas kelab jagaannya itu menerusi corong radio membuktikan bahawa dia sangat berbangga dengan pencapaian mereka semua. Ternyata segala pengorbanannya membuahkan hasil.

Penonton ‘demand’ musim kedua

Meskipun semua watak dalam “Stove League” berjaya mengecapi kebahagiaan mereka semua tetapi para penonton sepertinya mahukan lagi daripada drama ini dan meminta pihak produksi supaya menyambungnya ke musim kedua. Lagi pula drama ini mengakhiri tayangannya dengan memecahkan rekod rating peribadi dan mencatatkan bacaan 19.1% dan ianya merupakan peratus tertinggi sepanjang ianya ditayangkan. Popular betul!

namgoong min stove league

Disebabkan mendapat permintaan ramai, wakil daripada saluran SBS sendiri telah tampil dan memberikan kenyataan mengenai kemungkinan musim kedua drama bergenre sukan itu.

Tiada lagi perbincangan rasmi mengenai musim kedua. Tetapi kesemua pelakon memberikan respons yang positif mengenai sambungan drama ini. Penulis skrip juga memerlukan tempoh masa yang panjang sekiranya benar musim kedua akan dirakamkan, jadi tidak pasti bilakah ia akan benar-benar berlaku.

Ambilah masa lama mana pun wahai penulis skrip, asalkan kami dapat lihat sekuel “Stove League”!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...