Utama Drama Korea Ending Memuaskan, Rating Episod Akhir ‘On The Verge Of Insanity’ Pecah Rekod...

Ending Memuaskan, Rating Episod Akhir ‘On The Verge Of Insanity’ Pecah Rekod Peribadi

mbc on the verge of insanity

Sedih pula bila “On The Verge Of Insanity” menamatkan siarannya kelmarin.

Sinopsis

Lain daripada biasa, drama ini membawa kisah golongan tua yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dalam pejabat yang huru-hara sebagai kakitangan biasa.

Impian jadi kenyataan

[Amaran SPOILER]

Meskipun kembali bermula daripada bawah selepas memulakan syarikat ‘start-up’, Choi Ban-seok (Jung Jae-young) dan Dang Ja-young (Moon So-ri) bekerja keras untuk mencapai impian mereka yang dipandang sepi di syarikat lama. Malah usaha mereka membuahkan hasil dengan bantuan Seo Na-ri (Kim Ga-eun) dan Shin Han-soo (Kim Nam-hee).mbc on the verge of insanityMeskipun turut hampir dimonopoli oleh syarikat besar, namun ciptaan mereka berjaya menarik ramai klien untuk menggunakannya sekaligus mengorak langkah yang lebih besar buat Syarikat BanStone.

Apabila terlalu tinggi memanjat, sudah pastinya akan berasa sakit yang amat apabila jatuh. Begitulah nasib Han Se-kwon (Lee Sang-yeob) yang terlalu mengejar nama dan kuasa namun akhirnya musnah apabila dia dibuang kerja sekaligus impiannya terhapus begitu sahaja.mbc on the verge of insanity

Rating sederhana

Walaubagaimanapun, “On The Verge Of Insanity” menyajikan harapan dan semangat untuk pekerja syarikat yang mungkin meragui impian mereka tanpa mengira usia. Diselang momen kelakar dan emosi, drama ini nyata mempunyai peminatnya tersendiri.

Hanya mampu kekal dalam lingkungan 2% ke 3% sahaja sebelum ini, namun naskhah ini menunjukkan peningkatan yang baik semasa episod akhirnya dengan catatan tertinggi iaitu 4.3%.

Anda serius kena layan drama ini, best sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsis

Leave a Reply