Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Racket Boys’ Catat Rating Baik

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Racket Boys’ Catat Rating Baik

Meskipun bermula perlahan, namun “Racket Boys” ternyata menerima perhatian ramai dek plotnya yang menarik dan membuatkan semangat berkobar.

Sinopsis

“Racket Boys” membawa kisah sekumpulan anak muda yang berimpian untuk menjadi atlet badminton profesional pada masa hadapan. Ikuti kisah anak muda ini mengharungi pelbagai kesulitan dan juga keseronokan bersama rakan seperjuangan.

Pengakhiran disimpul kemas

[Amaran SPOILER]

Membawa tema pencarian diri dan mengejar impian masing-masing, “Racket Boys” nyata merupakan K-Drama yang menyemarakkan semangat penonton. Bukan sahaja atlet remaja di dalam ini sahaja yang menerima nasihat dan menempuhi liku hidup, malah falsafah hidup yang dibentangkan turut terkesan buat semua.sbs racket boysMelihatkan di akhir drama ini, kesemua watak melalui proses transformasi yang berbeza di mana mereka mengejar cita-cita selain berubah kepada seorang yang lebih baik. Lihat sahaja pada Hae-kang (Tang Joon-sang), walaupun kalah di tangan Tae-seon namun dia tidak menyalahkan takdir mahupun dirinya sendiri. Malah dia kembali bersemangat di samping rakan-rakannya, sesuatu yang tidak mungkin berlaku pada Hae-kang pada suatu ketika dahulu.

Bukan sahaja impian, Hae-kang juga dilihat bahagia bersama Se-yoon (Lee Jae-in) di mana mereka terus bersemangat bermain badminton meskipun sudah menginjak dewasa.sbs racket boysBest kan pengakhiran “Racket Boys”? Semuanya disimpul dengan kemas buat penonton yang setia menonton selama 16 episod ini.

Rating baik

Duduk selesa dalam lingkungan rating 5% ke 6% sejak kebelakangan ini, drama sukan ini hanya mampu berpuas hati dengan catatan 4.6% buat episod akhirnya. Ini mungkin kerana ianya menunda tayangan selama 2 minggu akibat Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung baru-baru ini.

Apa pun, “Racket Boys” merupakan drama yang disukai ramai walaupun menampilkan kisah remaja mengejar impian. Siapa yang belum menonton, bolehlah marathon sekarang di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...