Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘One The Woman’ Catat Rating Tertinggi

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘One The Woman’ Catat Rating Tertinggi

Penat gelak dan berdebar selama 8 minggu, akhirnya “One The Woman” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Drama komedi “One The Woman” membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

Semua terjawab

[Amaran SPOILER]

Penonton hampir tertipu dengan pengkhianatan No Hak-tae (Kim Chang-wan) namun didedahkan bahawa ia hanyalah sebahagian daripada pelan bijak Jo Yeon-ju (Honey Lee). Dengan pengakuan secara langsung Han Seong-hye (Jin So-yeon), kesemua muslihatnya terbongkar untuk tatapan umum. Walaupun cuba melarikan diri dengan memalsukan kematiannya, tapi Jo Yeon-ju lebih pantas mematahkan misi wanita itu.

Han Seung-wook, Kang Mi-na (Honey Lee) dan Jo Yeon-ju akhirnya bertentang mata dan berkongsi cerita sebenar. Malah Jo Yeon-ju menarik nafas lega kerana lelaki itu mempunyai perhatian terhadapnya sahaja dan hanya melihat Kang Mi-na seperti rakan sahaja. Dalam pada itu, kesemua watak menemui bahagia mereka dan menjalani kehidupan yang dimahukan mereka.

sbs one the woman

Rating tinggi

“One The Woman” sememangnya merupakan drama SBS yang menjadi perhatian ramai selain “The Penthouse”. Malah ia mampu mencatatkan rating yang memuaskan pada saban tayangan. Untuk episod terakhir ini, naskhah tersebut mencipta rekod peribadi apabila meraih catatan terbaik sepanjang 16 episod iaitu 17.8%.

Siapa yang belum tonton, wajib marathon “One The Woman” sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...