Ikuti Kami:

Ending Hyper-Realistik, ‘Nevertheless’ Tamat Dengan Rating Biasa

Ending Hyper-Realistik, ‘Nevertheless’ Tamat Dengan Rating Biasa

10 episod membawa penonton melalui kisah cinta hyper-realistik, “Nevertheless” akhirnya mengundurkan diri kelmarin dan menjawab pelbagai persoalan penonton.

Sinopsis

Ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-uhn (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

Cinta itu membutakan

[Amaran SPOILER]

Rasanya semua penonton sedar bahawa hubungan cinta Park Jae-uhn dan Yoo Na-bi adalah toksik dan tidak baik untuk mereka berdua. Seorang kaki perempuan, manakala seorang lagi terus berharap lelaki itu berubah dan dalam masa yang sama memendam perasaannya.

Meskipun mengharapkan Yoo Na-bi menerima cinta Yang Do-hyeok yang suci dan ikhlas mencintainya, namun wanita itu tetap tergila-gilakan Park Jae-uhn. Sudah sekian lama berpisah selepas lelaki itu menghilangkan diri, namun cinta antara mereka nampaknya masih lagi hangat membara. Lantas “Nevertheless” diakhiri dengan pengakuan cinta Park Jae-uhn dan Yoo Na-bi.jtbc neverthelessKebanyakan penonton meluahkan keluhan yang berat apabila melihat Yoo Na-bi terus bergelumang dengan Park Jae-uhn, yang mungkin sudah berubah namun meninggalkan banyak parut pada hatinya. Sepertinya, wanita itu mahu terus memperjudikan rasa cintanya meskipun mempunyai pilihan yang lebih baik iaitu Yang Do-hyeok.

Pun begitu, ada penonton yang mula faham mengapa drama ini dikatakan hyper-realistik. Ini kerana wanita seperti Yoo Na-bi dan Park Jae-uhn memang ada di dalam dunia nyata. Apabila terlalu bergantung harap kepada pasangan masing-masing sampaikan ada yang menutup mata sahaja apabila melihat kekurangan mereka.

Namun, segelintir mengharapkan “Nevertheless” mampu memberikan pengajaran dan membuka mata mengenai cinta yang tidak perlu dijadikan contoh tapi tidak pada akhirnya. Drama ini memilih untuk berakhir seperti naskhah yang lain.jtbc nevertheless

Rating rendah

Sepanjang tayangan, “Nevertheless” hanya mampu meraih rating yang rendah sepanjang tayangannya. Malah episod ke-8 menunjukkan prestasi yang membimbangkan apabila ianya jatuh ke paras bawah 1%. Walaubagaimanapun episod terakhir ini menunjukkan catatan yang sedikit baik iaitu 1.7%.

Apa pun, drama cinta anak muda ini mempunyai genggaman yang kukuh di Netflix terutamanya beberapa negara Asia. Seperti Malaysia, naskhah ini duduk selesa di dalam ranking Top 10 pada saban minggu malah acap kali tersenarai di No 1.

Tak kisah bagaimana, mungkin ada pengajaran yang cuba disampaikan di dalam drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...