Ikuti Kami:

Ending Baik, Episod Akhir ‘Ghost Doctor’ Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Ending Baik, Episod Akhir ‘Ghost Doctor’ Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Setelah 16 episod berjaya membuatkan penonton terhibur, akhirnya “Ghost Doctor” menamatkan siarannya kelmarin.

Sinopsis

Drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak, seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.

Berakhir bahagia

[Amaran SPOILER]

Meskipun cuba melakukan pembedahan sendiri, namun tiba-tiba Cha Young-min terkeluar daripada badan Go Seung-tak di mana lelaki itu yang berusaha keras untuk menyelamatkan nyawa doktor senior itu. Situasi genting itu berakhir positif apabila pembedahan itu berjaya dijalankan. Walaupun kelihatan seperti tidak mengingati apa-apa namun Cha Young-min ada menyimpan rakaman semasa dia di dalam badan doktor muda itu bagi memastikan dia mengingati semuanya.

tvn ghost doctor

Bukan itu sahaja, Cha Young-min kembali ke hospital tak lama kemudian dan mula menjadi seorang doktor yang mempunyai simpati. Akhirnya, dia bekerjasama bersama Go Seung-tak bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Rekod rating tinggi

Biasa mencatat rekod di antara 5% ke 6%, “Ghost Doctor” mencipta rekod baru apabila mencapai angka 7.953% pada episod akhirnya. Bahkan ia merupakan kali pertama drama berkenaan melepasi garisan 7% sekaligus menjadi catatan terbaiknya sepanjang tayangan.

tvn ghost doctor

Korang dah habis layan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...