Ikuti Kami:

Ending Bahagia Buat ‘Lie After Lie’, Episod Akhir Raih Rating Tertinggi Buat Drama Dalam Sejarah Channel A

Ending Bahagia Buat ‘Lie After Lie’, Episod Akhir Raih Rating Tertinggi Buat Drama Dalam Sejarah Channel A

Selepas 16 episod dipenuhi debaran, akhirnya konflik “Lie After Lie” terungkai juga kelmarin.

Sinopsis “Lie After Lie”

Drama ini membawa kisah Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya.

Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.

channel A lie after lie

Episod akhir penuh debaran

[Amaran SPOILER]

Eun-soo nyata terkesima apabila teringatkan kisah sebenar yang berlaku semasa pembunuhan suaminya dahulu. Rupanya Kim Woong ialah dalang sebenar namun dia yang dituduh meragut nyawa Ki-beom dan lebih mengejutkan dia adalah anak sebenar kepada Pengarah Kim Ho-ran (Lee Il-hwa).

Hampir sahaja menjadi mangsa seterusnya lelaki itu, Eun-soo berjaya diselamatkan apabila Kang Ji-min menghampiri tempat kejadian sehingga membuatkan Kim Woong terpaksa melarikan diri. Memilukan apabila wanita itu turut diberitahu bahawa ayahnya meninggal dunia dek perbuatan khianat Kim Woong juga.

Pun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila Kim Woong berjaya diberkas oleh polis semasa mereka cuba membongkar rahsia si sebalik studio lukisan Kim Ho-ran. Kedua mereka kemudiannya meringkuk di dalam penjara dan menerima cacian daripada orang awam. Pun begitu, Eun-soo nyata tidak berpuas hati apabila bekas ibu mertuanya mengatakan bahawa tindakan jahatnya itu adalah kerana dia tidak memberitahu bahawa dia sedang mengandung ketika itu.

episod akhir lie after lie

Yang mengharukan penonton apabila Woo-joo mula menerima Eun-soo sebagai ibunya dan dalam masa yang sama wanita itu turut mendermakan organ buat satu-satu anaknya itu. Anak beranak itu dan Kang Ji-min akhirnya menempuh bahagia selepas beberapa siri episod duka.

[SPOILER Tamat]

Pengakhiran yang memuaskan

Penonton ternyata berpuas hati dengan kesudahan “Lie After Lie” dan balasan atas rancangan jahat Kim Ho-ran yang memporak-perandakan kehidupan Eun-soo. Pun begitu, sesetengah penonton masih lagi sedikit ragu-ragu dengan punca asal yang menyebabkan wanita kaya itu bertindak sedemikian. Sepertinya masih ada lagi kepingan cerita antara mereka yang tidak disampaikan.

episod akhir lie after lie

Walaubagaimanapun, “Lie After Lie” nyata menjadi pelaburan terbaik Channel A kerana drama ini berjaya memecahkan banyak rekod di saluran tersebut sepanjang tayangannya. Bahkan episod terakhir naskhah ini telah meraih rating sebanyak 8.2% iaitu catatan terbaik untuk drama itu dan juga buat keseluruhan saluran tersebut.

Bagi yang belum menonton, jangan lupa marathon “Lie After Lie” tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...