Seperti yang semua sedia maklum, kes COVID-19 di Korea kini mencapai paras yang membimbangkan. Saban hari semakin banyak kes yang dilaporkan sehingga kini ia sudah mencecah angka 977 dan 10 kematian. Tidak mustahil akan menjangkau 1000 pesakit tak lama lagi.
Agak merisaukan kerana virus Corona ini sudah dikenal pasti dan menjangkiti beberapa tentera dalam kem tentera Seoul. Atas sebab itu, langkah berjaga-jaga telah pun diambil oleh pihak bertanggungjawab.
Bagi mengekang penularan wabak ini di antara tentera lain, ahli kumpulan 2PM iaitu Wooyoung telah diarahkan supaya tamatkan latihan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Syarikat naungannya iaitu JYP Entertainment juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.
Wooyoung sedang bercuti sebelum dia diputuskan akan tamat latihan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya dan tidak perlu pulang ke kem tentera semula.
Wooyoung sepatutnya tamat latihan pada 28 Februari ini tetapi habis perkhidmatan awal sebagai salah satu langkah awal Kementerian Pertahanan bagi mengekang isu COVID-19. Sebagai langkah awal, pihak ketenteraan akan menghalang cuti dan lawatan untuk kakitangan mereka. Sesiapa yang sedang berada dalam cuti telah diputuskan bahawa mereka semua akan ditamatkan latihan awal dan tidak memerlukan mereka pulang semula ke kem tentera.
Apa-apa pun, selamat pulang Wooyoung!
Sumber: Soompi