Ikuti Kami:

Elak Cukai Dengan Bernaung Di Bawah Agensi Keluarga, Netizen Korea Tebak Identiti Pelakon Lelaki Top

Elak Cukai Dengan Bernaung Di Bawah Agensi Keluarga, Netizen Korea Tebak Identiti Pelakon Lelaki Top

Secara tiba-tiba, terdapat khabar angin yang bertiu mengatakan bahawa terdapat seorang pelakon lelaki hebat telah disaman dek mengelak daripada membayar cukai.

Pada 4 November, beberapa laporan media menyampaikan bahawa Perkhidmatan Cukai Kebangsaan (NTS) telah menjalankan siasatan berkenaan cukai terhadap 38 orang yang disyaki mengelak daripada membayarnya. Daripada angka tersebut, seorang selebriti yang dikhabarkan merupakan seorang pelakon lelaki popular.

NTS kemudiannya mendedahkan bahawa mereka akan menyiasat selebriti yang membeli hartanah mewah dan pemilik yang menderma dana syarikat secara haram atau tidak betul.

Menurut laporan itu lagi, pelakon popular itu dikenali sebagai seseorang yang membina syarikat sendiri di bawah nama keluarga sendiri selain menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi tersebut. Pelakon itu juga dikatakan menggunakan perbezaan di antara cukai korporat dan kadar pendapatan untuk individu berpendapatan tinffi bagi mengurangkan jumlah pendapatannya dan meningkatkan pendapatan agensi bagi membayar cukai yang lebih kurang.

pelakon korea popular elak bayar cukai

Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan kenderaan mewah dan kad korporat di bawah nama agensi tersebut yang secara tak langsung dianggap sebagai perbelanjaan syarikat dan mengurangkan cukai korporat. Malah dia turut membayar gaji pekerjaan kepada saudara yang sebenarnya tidak melakukan apa-apa kerja pun.

Walaubagaimanapun, identiti pelakon ini masih lagi tidak jelas, Namun netizen Korea telah membuat spekulasi dan menamakan beberapa calon yang mungkin padan dengan kisah ini. Termasuklah pelakon dengan nama bermula Ha dan Lee (tetapi ia hanyalah tebakan dan bukan yang sahih).

Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...