Ikuti Kami:

“Ekspresi Wajahnya..” – Lakonan Chansung 2PM Dalam ‘Show Window’ Dikritik

“Ekspresi Wajahnya..” – Lakonan Chansung 2PM Dalam ‘Show Window’ Dikritik

Ramai rasanya yang sedang seronok menonton “Show Window: The Queen’s House” sekarang kan?

Meskipun diterajui oleh nama hebat seperti Lee Sung-jae, Song Yoon-ah dan Jun So-min namun ramai sepertinya kurang berpuas hati dengan lakonan Hwang Chan-sung (2PM) yang merupakan antara pelakon utama drama ini.

chansung 2pm

Tambahan pula dalam episod terbaru ini, Chan-sung yang membawa watak Han Jung-won cuba mengapikan perasaan abang iparnya, Shin Myung-seop selain cuba merebut Yoon Mi-ra yang merupakan perempuan simpanan lelaki itu.

Disebabkan ia perlu bermain dengan pelbagai emosi, intonasi mendatar Chan-sung dan ekspresi yang sama sahaja dalam setiap situasi membuatkan penonton kurang merasai keperitan dialami wataknya.

chansung 2pm

Komen penonton:

Drama ini sepertinya tiada yang kurang pandai berlakon melainkan Chan-sung.

 

Dia biasa dikritik namun dia kekal sama.

 

Ianya semakin jelas kerana dia berlakon di samping pelakon yang hebat.

 

Lakonan emosinya agak…

 

Bukannya teruk sangat pun, saya dah menontonnya.

 

Tak teruk cuma saya ada persoalan mengenainya.

 

Tapi dia agak okay dalam drama lain.

Mungkin ada sesetengah babak sahaja yang boleh diperbaiki lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...