Ikuti Kami:

“Ekspresi Dia Keterlaluan..” – Pertama Kali Berlakon, Lakonan ‘Over’ Choi Yebin Dalam ‘The Penthouse’ Dikritik

“Ekspresi Dia Keterlaluan..” – Pertama Kali Berlakon, Lakonan ‘Over’ Choi Yebin Dalam ‘The Penthouse’ Dikritik

Tak lengkap rasanya hari Isnin dan Selasa kini sekiranya tidak menonton drama popular “The Penthouse”. Ada sahaja plot twist pada saban episod sehingga membuatkan penonton tak senang duduk.

“The Penthouse” ternyata popular kerana dibarisi oleh ramai pelakon berpengalaman seperti Lee Ji-ah, Eugene, Kim So-yeon, Uhm Ki-joon dan ramai lagi. Namun ianya turut dibarisi oleh ramai watak remaja yang mungkin menjadi pelapis bagi generasi pelakon Korea pada masa hadapan.

the penthouse

Antara watak remaja yang sering menjadi sebutan penonton ialah Ha Eun-byeol yang dilakonkan oleh pelakon baru Choi Ye-bin. Malah kalau anda nak tahu, “The Penthouse” adalah drama pertamanya lakonannya. Meskipun tak banyak babak dalam setiap episod namun kemunculannya sering menarik perhatian ramai penonton.

Bagi peminat “The Penthouse”, pastinya anda tahu bahawa Ha Eun-byeol sepertinya tertekan dengan karenah ibunya dan juga kematian Min Seol-ah. Disebabkan itu, dia sering menampilkan ekspresi wajah stres termasuklah emosi yang jahat ketika membuli Bae Ro-na.

choi yebin the penthouse

Walaupun cuba menyampaikan emosi wataknya itu, tetapi kebanyakan penonton meluahkan rasa tidak selesa dengan ekspresi wajah Choi Ye-bin yang dikatakan melampau dan nampak tak realistik. Dengan mata membuntang, serta kening terangkat dan bentuk mulut yang pelik, ada yang mengkritik mutu lakonan pelakon remaja ini.

Agak keterlaluan ekspresi wajahnya..

 

Lakonannya lebih kepada mengembangkan mata dan lubang hidung.

 

Nampak melebih-lebih tapi sebab itu ia lebih menyeronokkan.

 

Saya tak rasa ia adalah sangat keterlaluan pun..

 

Pelik betul ekspresi wajahnya.

Pun begitu, ada juga yang ‘back-up’ Choi Ye-bin dan mengatakan bahawa dia berjaya memberikan nyawa kepada watak Ha Eun-byeol yang agak ‘psiko’ disebabkan oleh didikan ibunya, Cheon Seo-jin.

Anda pula rasa macam mana, lakonan Choi Ye-bin okay ke ataupun terlalu ‘over’?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...