Ikuti Kami:

Ejen NIS Kejar Pengedar Dadah, Ha Jungwoo & Hwang Jungmin Sah Terajui Siri Netflix 6 Episod ‘Suriname’

Ejen NIS Kejar Pengedar Dadah, Ha Jungwoo & Hwang Jungmin Sah Terajui Siri Netflix 6 Episod ‘Suriname’

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa barisan pelakon hebat sudah pun duduk untuk bacaan skrip untuk drama pendek Netflix “Suriname” baru-baru ini.

Drama 6 episod ini membawa kisah seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah berpengaruh di sebuah negara bernama Suriname, terletak di Amerika Selatan. Ha Jung-woo dikatakan akan berlakon sebagai ejen di di bawah National Intelligence Service (NIS) yang mengejar penjahat besar di mana wataknya akan dihdupkan oleh Hwang Jung-min.

Walaupun dua nama ini sudah disahkan akan muncul dalam drama ini, antara nama lain yang disebut bakal bekerja di bawah dua agensi dan organisasi ini ialah pelakon Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok, Park Hae-soo dan Choo Ja-hyun.

netflix suriname

Walaupun pada asalnya merancang untuk dirakamkan di Republik Dominika, namun pihak produksi memilih untuk menjalani penggambaran secara domestik selepas kawalan ketat ke dalam dan luar negara sejak tahun lepas dek pandemik COVID-19. Dikatakan, mereka akan melakukan penggambaran di kepualauan Jeju dan 20 peratus daripadanya akan dirakamkan di negara Asia Tenggara.

Rata-ratanya teruja dengan “Suriname” memandangkan ia akan menggabungkan nama-nama hebat yang jarang memunculkan diri bersama dalam drama bersiri.

Walaubagaimanapun, selepas berita mengenai barisan pelakon lain berterbangan, Netflix telah memberikan kenyataan mengenainya,

Tiada apa yang disahkan lagi berkaitan ‘Suriname’

Apa pun, kita nantikan pengumuman line-up rasmi nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...