Ramai yang nyata terkejut apabila mengetahui kisah bekas ahli AOA iaitu Mi-na yang dibuli selama 10 tahun sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut. Selepas pendedahan tersebut, Ji-min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun mengundur diri daripada AOA selain turut keluar daripada dunia seni.
Keadaan semakin bertambah membimbangkan apabila Mi-na baru-baru ini kembali mencederakan dirinya selepas mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa Ji-min mungkin akan kembali semula ke dalam industri seni selepas semuanya reda.

Dari kiri: Shin Ji-min, Kwon Mi-na
Namun begitu, dalam entri terbaru di Instagramnya, Mi-na menjelaskan bahawa dia sudah bertemu dengan CEO FNC Entertainment dan memahami penjelasan yang diberikan olehnya. Dia juga memohon maaf kepada semua orang kerana telah menyebabkan kekecohan ini.
Tak lama selepas itu, nampaknya wanita itu sudah pun memadam akaun Instagramnya selepas ia tidak boleh diakses lagi selepas dicari di aplikasi tersebut.
Dalam masa yang sama, Ji-min yang kekal mendiamkan diri selepas mengutarakan permohonan maafnya kepada Mi-na dan meninggalkan indutsri seni serta-merta. Walaubagaimanapun, mengejutkan apabila bekas ketua kumpulan AOA itu bertindak memadam kesemua kandungan video di saluran YouTube rasminya.
Rata-rata peminat merasakan Mi-na memadam akaun Instagram bagi menumpukan perhatian kepada proses rawatannya. Manakala buat Ji-min pula, bukan sahaja jumlah langganan menurun secara drastik, keputusan memadam semua videonya adalah kerana komen berbaur kutukan yang ditinggalkan netizen pada semua video tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.