Ikuti Kami:

Duta Jenama ‘DIOR’, Penampilan Jisoo BP & Cha Eunwoo Di Acara Fesyen Paris Jadi Perhatian

Duta Jenama ‘DIOR’, Penampilan Jisoo BP & Cha Eunwoo Di Acara Fesyen Paris Jadi Perhatian

Penampilan Ji-soo BLACKPINK dan Cha Eun-woo di satu acara fesyen telah menjadi topik hangat di media sosial.

Pada 27 September, pertunjukan fesyen untuk jenama mewah ‘Dior’ telah berlangsung di Paris. Ramai selebriti popular telah dijemput untuk membuat penampilan mereka di situ.

Khususnya, penampilan Ji-soo BLACKPINK sebagai duta global dan Cha Eun-woo sebagai duta untuk produk kecantikan, telah menarik perhatian peminat seluruh dunia dengan ‘visual’ mereka yang luar biasa.

https://twitter.com/xxrjycxx/status/1574746683375747078

Ini dapat dibuktikan dengan ketibaan kedua idola popular itu di pertunjukan fesyen tersebut, yang disambut meriah oleh ramai peminat yang setia menunggu dan bersorak bagi mengalu-alukan kedatangan mereka.

https://twitter.com/itsEW330/status/1574741469134721025

Bukan itu sahaja, peminat yang tidak berpeluang untuk menghadiri secara bersemuka di Paris, turut tidak melepaskan peluang untuk menyokong selebriti kesayangan mereka dengan hashtag #JISOOxDiorPFW dan #ChaEunwoo_DiorSS23_PFW2022 mencecah ratusan ribu tweet.

Mesti lagi kecoh internet kalau mereka bergambar bersama, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...