Ikuti Kami:

“Dunia Pelik Di Mana..” – Sari Kata Episod Terbaru ‘Running Man’ Ini Tular, Tapi Kenapa?

“Dunia Pelik Di Mana..” – Sari Kata Episod Terbaru ‘Running Man’ Ini Tular, Tapi Kenapa?

Seperti biasa, “Running Man” akan berbincang mengenai pelbagai topik dalam setiap episodnya.

Untuk episod terbaru ini, kesemua ahli diberi peluang untuk merancang percutian yang diingini mereka dan hanya rancangan seorang sahaja yang akan dipilih di penghujung episod dengan bajet yang dimenanginya.

Semasa berbincang mengenai pelancongan yang diimpikan, Haha berkata perlahan.

Sejujurnya, saya hanya mahu ke pondok di mana-mana dan bersembang sahaja bersama ahli.

haha yoo jaesuk

Yoo Jae-suk kemudiannya ‘mencuri’ idea itu dan berkata,

Saya baru teringat percutian seperti mana yang saya mahukan. Tak tahu di mana, tapi kita boleh duduk di rumah rehat mana-mana dan berbual.

Haha memotong perbualan itu,

Saya kan dah cakap tu tadi.

Bisik Yoo Jae-suk pada Yang Se-chan,

Suruh Haha diam.

haha yoo jaesuk

Pada ketika itu, pihak produksi menyelitkan kapsyen yang tertulis ‘Dunia pelik di mana penjahat yang menjerit kuat’.

Menurut netizen, ayat ini digunakan secara tersirat oleh program berkenaan bagi mengkritik banyak kes buli yang berlaku sejak kebelakangan ini di mana hanya pelaku yang beria berkata namun mangsa dipaksa untuk diam.

Oh gitu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...