Fizikal sebenar Byun Woo-seok telah menjadi topik bualan netizen.
Terbaru, seorang netizen telah berkongsi video yang diambil ketika dia terserempak dengan Byun Woo-seok di tepi jalan.
Hanya memakai baju lengan panjang berbelang dan berseluar hitam, pelakon itu telah dilihat berjalan menuju ke satu bangunan, ditemani oleh Kim Da-mi dan 3 orang stafnya.
Selepas hantaran itu dibuat, ianya langsung mendapat perhatian ramai, yang mana, rata-ratanya terkejut melihat fizikal sebenar pelakon tersebut.
Dengan ketinggian yang mencecah 190cm, Byun Woo-seok telah kelihatan jauh lebih tinggi berbanding lelaki-lelaki lain yang berada di sekitarnya.
다리길이.어깨넓이.얼굴크기 다 어케 했지
다른세계 사람으로 느껴져… pic.twitter.com/dVJQotwh4D— 도넛이 (@wishingdonut) May 15, 2024
Malah, baju yang dipakai oleh pelakon tersebut turut mempamerkan lebar bahunya dengan jelas.
Komen netizen,
- Tak adilnya dunia ni..
- Macam mana seseorang seperti dia boleh wujud?
- Dah la kacak, tinggi pulak tu..
- Kita patut berterima kasih pada orang tuanya..
- Byun Woo-seok macam penduduk planet lain..
- Tingginya dia..
Mana nak jumpa lelaki macam Byun Woo-seok ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.