Ikuti Kami:

“Duit Memang Penting, Tapi Ia Tak Patut Jadi Keutamaan” – Song Joongki

“Duit Memang Penting, Tapi Ia Tak Patut Jadi Keutamaan” – Song Joongki

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah menghadiri sidang media untuk drama “Reborn Rich”, yang diadakan di Resorts World Sentosa, Singapura.

Pada awal sesi sidang media, Song Joong-ki menyapa peminat dan wartawan dengan berkata,

Sudah agak lama saya tidak datang ke Singapura kerana COVID-19. Seronok kerana dapat melawat Singapura lagi. Terima kasih kerana menjemput saya seperti ini.

Kemudian, merujuk kepada wataknya dalam “Reborn Rich”, seorang wartawan mengajukan soalan kepada Song Joong-ki,

Bagaimana jika awak hidup kembali sebagai anak bongsu konglomerat seperti dalam drama itu?

Respon pelakon itu,

Saya tidak mahu. Saya melihat konflik keluarga yang disebabkan oleh wang melalui drama ini. Wang adalah penting kepada manusia, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi keutamaan.

song joongki

Tambah Song Joong-ki dengan menekankan lagi,

Saya tidak mahu dilahirkan semula sebagai anak konglomerat. Saya suka diri saya sekarang.

Dalam pada itu, “Reborn Rich” ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad menerusi Viu.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...