Rosé BLACKPINK tidak pernah mengecewakan dengan auranya yang menawan!
Baru-baru ini, pereka fesyen dan pengarah jenama terkenal, Yves Saint Laurent iaitu Anthony Vaccarello, memuat naik beberapa imej selfie yang diambil di parti makan malam Paris Fashion Week’s Saint Laurent.
Dalam imej berikut, dapat dilihat Anthony Vaccarello bergambar bersama Rosé BLACKPINK, model Anja Rubik, Hailey Bieber, model dan pelakon Rosie Huntington-Whiteley dan juga pelakon Zoe Kravitz. Dalam kalangan selebriti itu, Anja Rubik dan Rosie Huntington-Whiteley sudah lama menjadi model aktif dan menjadi wakil bagi jenama Yves Saint Laurent. Manakala, Hailey Bieber dan Zoe Kravitz merupakan antara muka terbaru bagi jenama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian adalah kehadiran Rosé BLACKPINK bergaun hitam yang menyerlahkan lagi susuk tubuh menawannya.Korang pun pasti dah tahu Rosé juga merupakan antara wajah baru bagi jenama terkenal tersebut. Rata-rata dalam kalangan peminat memuji penampilannya yang tampak minimalis namun masih berjaya menjadi perhatian media dan umum.
Cantik betul ek Rosé ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.