Ikuti Kami:

Dua Wanita Tertukar Kehidupan, 4 Kunci Utama Drama Komedi ‘One The Woman’

Dua Wanita Tertukar Kehidupan, 4 Kunci Utama Drama Komedi ‘One The Woman’

Ramai katanya yang dah tak sabar menantikan drama terbaru SBS yang menggantikan “The Penthouse”?

Drama komedi “One The Woman” di mana ia membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

Honey Lee

Dikenali dengan lakonan komedi dalam “Extreme Job” dan “The Fiery Priest”, Honey Lee kembali dengan dua watak berbeza menerusi drama ini iaitu si komik Jo Yeon-joo dan si serius Kang Min-na.

Kongsi pelakon cantik itu,

Terdapat banyak aspek yang akan memuaskan hati anda, ‘Saya berharap ada yang suarakn hal ini bagi pihak saya’ atau ‘Saya harap ada yang menyuarakan apa yang patut mengenai hal ini’.

Katanya lagi, penonton akan merasai pelbagai kepuasan semasa menonton drama ini.sbs one the woman

Lee Sang-yoon

Lee Sang-yoon akan melakukan transformasi watak sebagai si pendendam Han Seung-wook, selepas muncul dalam “VIP” sebelum ini.

Puji lelaki ini,

Saya rasakan lakonan Honey Lee adalah kekuatan drama kami dan faktor utama anda perlu menonton ‘One The Woman’. Ini ialah kali pertama saya berlakon dengannya, dan saya sangat kagum dengan gaya lakonan yang melangkaui skrip. Saya rasakan tenaga dan hiburan itu akan dapat dirasai penonton nanti.

sbs one the woman

Jin Seo-yeon

Dikenali kerana karismanya, Jin Seo-yeon akan berlakon sebagai anak sulung Hanju Group dan kakak ipar kepada Kang Mi-na di dalam drama ini. Menggelarkan drama ini sebagai ‘komedi terbaik sepanjang zaman’, jelasnya,

Ditambah pula daripada keserasian hebat antara watak, anda juga boleh jangkakan ketegangan daripada rahsia yang dibongkar satu persatu.

sbs one the woman

Lee Won-geun

Baru sahaja selesai latihan khidmat ketenteraan pada Januari lalu, Lee Won-geun bakal menampilkan kelainan sebagai seorang pelakon. Membawa watak Ahn Yoo-joon,iaitu seorang pendakwa raya muda yang menyimpan perasaan terhadap Jo Yeon-joo.

Kongsinya,

Ditambah dengan lakonan dua watak Honey Lee, saya merasakan kekuatan dan kunci utama drama ini ialah kesukaran untuk menggabungkan kesemua pelakon yang ada di dalam satu produksi yang sama. Anda akan rasai komedi esktrem yang belum pernah dilihat sebelum ini di mana ianya akan menghiburkan mata dan telinga.

sbs one the womanKomen pihak produksi pula,

Seperti yang diterangkan oleh para pelakon, anda boleh jangkakan daripada lakonan, keserasian, gelak ketawa dan kepuasan dalam ‘One The Woman’. Drama ini yang bakal menyusul tak lama nanti akan menaikkan semangat anda pada malam Jumaat dan Sabtu. Sila nantikannya.

Tak sabarnya nak menonton pada 17 September ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...