K-Drama bertemakan pengkhianatan memang laris betul apabila ditayangkan kan? Sama seperti “Reflection Of You” yang baru sahaja ditayangkan beberapa hari lalu.
Sinopsis
“Reflection Of You” membawa kisah seorang wanita yang berpegang teguh kepada keinginannya manakala seorang wanita lain pula yang kehilangan cahaya dalam hidup kerana seorang lagi. Drama ini akan membawa kisah curang, pengkhianatan, rasuah dan balas dendam yang tercetus selepas pertemuan mereka.
Dipenuhi misteri
[Amaran SPOILER]
Pertemuan Jung Hee-joo (Go Hyun-jung) dan Gu Hae-won (Shin Hyun-bin) bermula apabila mereka bertelingkah dek guru seni berkenaan yang menampar anak Jung Hee-joo, Li-sa (Kim Soo-ahn) sehingga meninggalkan kecederaan yang serius. Disebabkan oleh itu, wanita kaya tersebut memilih untuk membawa hal tersebut ke pihak atasan dan tanpa sengaja tertangkap bertindak kasar ke atas Gu Hae-won.
Gu Hae-won kemudiannya menggunakan hal berkenaan dan bukti yang ada untuk menfailkan saman terhadap Jung Hee-joo sebelum mampir ke rumah wanita berkenaan untuk berbincang. Rupa-rupanya mereka merupakan kenalan rapat pada suatu masa dahulu di mana Gu Hye-won menggunakan nama Hannah ketika itu. Wanita yang kelihatan psiko itu sepertinya ada motif lain mendekati keluarga Hee-joo dan mempunyai dendam kesumat yang bakal dilangsaikannya.
Penonton kemudiannya dengan kisah lama antara mereka berdua dan kemungkinan hubungan baik yang terlerai dek Seo Woo-jae (Kim Jae-yong) yang mungkin kunci utama kepada kisah perit yang berlaku.
Rating baik
Sebagai permulaan, “Reflection Of You” berjaya menampilkan elemen misteri selain membuatkan penonton tertanya-tanya sepanjang tayangan dua episod awalnya. Oleh sebab itu, episod perdana drama ini telah meraih catatan rating yang memuaskan bagi saluran kabel iaitu 3.6%.
Dalam pada itu, lakonan hebat Go Hyun-jung dan Shin Hyun-bin menerima pujian penonton kerana perbezaan watak itu yang jelas lantas membawa dua emosi dan perspektif berlainan buat yang menonton.
Kepada yang belum tengok, korang boleh layan “Reflection Of You” di Netflix sekarang juga.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.