Ikuti Kami:

Dua Wanita Seiras Bertukar Kehidupan, Lee Sangyoon & Honey Lee Terajui Drama Komedi ‘One Of The Woman’

Dua Wanita Seiras Bertukar Kehidupan, Lee Sangyoon & Honey Lee Terajui Drama Komedi ‘One Of The Woman’

Peminat K-Drama pastinya teruja apabila ada drama romantik baru dengan plot menarik yang bakal ditayangkan kan?

SBS bakal menayangkan sebuah drama komedi “One Of The Woman” di mana ia membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

Sudah pun disahkan, Honey Lee akan melakonkan dua watak iaitu Kang Min-na, menantu keluarga kaya dan Jo Yeon-joo, pendakwaraya wanita yang korup. Disebabkan oleh perwatakan pelakon wanita itu yang ceria dan bertenaga, pastinya dia mampu menghidupkan lagi dua watak berkenaan.honey lee lee sangyoon

Lee Sang-yoon pula akan membawa watak Han Seung-wook, seorang chaebol generasi ketiga yang setia dengan cinta pertamanya. Tanpa sengaja terlibat dengan Jo Yeon-joo, ianya akan memaparkan sebuah kisah cinta yang naif.

“One Of The Woman” dikhabarkan akan menemui penonton pada separuh kedua 2021.

Plot macam menghiburkan sahaja?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...