Ikuti Kami:

Dua Sisi Kisah Romantik, 3 Sebab Anda WAJIB Tonton Drama Gandingan Im Siwan & Shin Sekyung ‘Run On’

Dua Sisi Kisah Romantik, 3 Sebab Anda WAJIB Tonton Drama Gandingan Im Siwan & Shin Sekyung ‘Run On’

“Run On” membawa kisah individu yang cuba berhubung dengan satu sama lain menggunakan bahasa sendiri selepas hidup dalam dunia dan langkah kehidupan yang berlainan. Im Si-wan akan membawa watak Ki Sun-kyum, seorang bekas atlet lari pecut yang bersara selepas insiden yang mengubah kehidupannya dan kini merupakan ejen sukan. Manakala Shin Se-kyung pula berlakon sebagai Oh Mi-joo penterjemah filem luar yang suka mencabar diri.

Ini adalah tiga kunci utama yang boleh dinantikan penonton dalam drama romantik ini!

1. Keserasian pasangan yang menakjubkan

Sejak dikhabarkan bakal bergandingan, Im Si-wan dan Shin Se-kyung sudah pun menjadi perhatian kerana keserasian mereka sehingga ‘diusik’ kakitangan produksi kerana nampak comel bersama. Kedua pelakon itu dikatakan sangatlah serasi dalam menggambarkan kisah romantik di antara watak mereka. Para penonton boleh menjangkakan bagaimana hubungan mereka berkembang, keyakinan terhadap masing-masing bercambah selain keserasian romantik yang sempurna.

jtbc run on

2. Produksi hebat

Produksi “Run On” sudah pun mendapat tumpuan ramai sejak teaser pertama lagi dikeluarkan. Karier kedua watak utama itu juga sepadan dengan konsep drama itu iaitu ‘arah tuju’.

Peringkat ketekunan ini menggambarkan berapa banyak perhatian yang diberikan oleh pihak produksi dalam memastikan kesemua babak itu adalah sempurna.

Kami sentiasa memikirkan isu mengenai cinta dan kami berusaha keras untuk menggambarkan perubahan emosi setiap watak secara jenaka menerusi mereka yang senang terbuai dan kadang-kadang mengomel. Anda akan dapat melihat proses ini ketika episod pertama, jadi sila berikan ia banyak perhatian dan kasih sayang.

3. Dua sisi romantik

“Run On” menonjolkan kisah romantik di antara dua pasangan yang berbeza lumrahnya. Ki Sun-kyum ialah lelaki yang hanya memandang ke hadapan manakala Oh Mi-joo sering melihat ke belakang. Seo Dan-ah (Girls’ Generation) ialah seorang yang merasakan bahawa sesuatu itu tidak boleh dilakukan dengan baik sekiranya ia tidak dilakukan langsung. Namun Lee Young-hwa (Kang Tae-oh) pula percayakan sebaliknya di aman agak sukar untuk mencapai apa yang dimahukan oleh hatinya.

jtbc run on

Dengan perbezaan ini, penonton akan disajikan dengan kisah cinta yang lain daripada biasa. Mesti dah tak sabar kan?

Jangan lupa saksikan “Run On” di JTBC bermula 16 Disember ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...