Ikuti Kami:

Dua Individu Hadapi Masalah Cinta, Lee Minki & Nana Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Oh! Master’

Dua Individu Hadapi Masalah Cinta, Lee Minki & Nana Bergandingan Dalam Drama Komedi Romantik ‘Oh! Master’

Selepas berlakon dalam drama misteri “The Lies Within” pada tahun lepas, akhirnya Lee Min-ki kini disahkan kembali dengan sebuah naskhah komedi romantik pula dan digandingkan bersama Nana yang baru sahaja selesai berlakon dalam drama “Into The Ring”.

“Oh! Master” membawa kisah dua orang individu yang tinggal bersama iaitu seorang penulis yang ‘tidak bercinta’ dan seorang pelakon komedi romantik popular yang ‘tak boleh’ bercinta.

Lee Min-ki bakal membawa watak Han Bi-su, seorang penulis drama thriller terbaik di Korea yang tidak terlibat dengan sebarang perhubungan romantik. Bahkan ramai yang teruja menantikan lakonannya sebagai seorang lelaki romantis selepas menunjukkan kebolehannya berlakon watak sedemikian dalam drama lain seperti “Temperature Of Love”, “Because This Is The First Time”, “Beauty Inside” dan banyak lagi.

lee minki dan nana

Manakala Nana pula akan menggalas tugas membawa watak ratu romantik komedi di Korea yang tak boleh bercinta bernama Oh Ju-in. Bermula sebagai idola, namun wanita ini telah membuktikan bakat lakonannya dalam “Good Wife”, “Kill It”, “Justice” dan banyak lagi.

Rasanya ramai yang dah tak sabar menantikan gandingan unik di antara Lee Min-ki dan Nana ini kan? Tunggu sahaja apabila drama “Oh! Master” bersiaran di MBC pada Mac 2021 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...