Ikuti Kami:

“Dramanya Semua Tak Berjaya” – Netizen Persoal Hani EXID Kerap Berlakon Drama Seksual

“Dramanya Semua Tak Berjaya” – Netizen Persoal Hani EXID Kerap Berlakon Drama Seksual

Selepas tular kerana video viral semasa menari lagu “Up & Down” dahulu, Hani EXID terus mencipta nama kini meskipun sudah memperlahankan aktiviti sebagai idola.

Kini, wanita itu dengappn nama sebenar Ahn Hui-yeon dilihat lebih aktif dalam bidang lakonan dan telah menerajui banyak drama bersiri seperti “Idol: The Coup”, “SF8” dan banyak lagi.

Terbaru, Hani menyapa peminat dengan sebuah drama baru bertajuk “Fantasy Spot” yang ditayangkan di Coupang Play. Dengan membawa watak Hee-jae, idola itu memaparkan watak seorang penulis yang cuba belajar dengan lebih mendalam mengenai kepuasan seks buat wanita.

fantasy spot

Malah Hani dilihat selesa berlakon babak seksual meskipun hanya menayangkan ciuman mendalam. Tapi terdapat satu babak di mana dia turut menunjukkan bahagian belakang ketika tidak berbaju.

Melihatkan Hani yang kian selesa membawa watak seksual ini, ramai yang mengatakan bahawa dia sepertinya hanya selesa memilih karakter sedemikian. Bahkan watak yang dibawanya dalam drama lain iaitu “You Raise Me Up”, “How To Be Thirty” dan “XX” juga mempunyai unsur plot yang sama.

fantasy spot

Komen netizen,

Dia dah memang ke arah tu ke sekarang…

 

Mereka gunakan pelakon ganti kot..

 

Tajuknya saja dah rating tinggi.

 

Sedih tengok Hani berlakon drama seperti ini sebab pencapaian dramanya semua teruk.. Dramanya bersama Yoon Shi-yoon juga begitu..

 

Drama Korea pun dah macam luar negara.

Hmmm…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...