Ikuti Kami:

Drama Thriller-Misteri ‘The Lies Within’ Buktikan Bahawa Semua Orang Ada Rahsia Sendiri

Drama Thriller-Misteri ‘The Lies Within’ Buktikan Bahawa Semua Orang Ada Rahsia Sendiri

Ada tak yang suka tengok drama Korea yang tak menekankan elemen romantik langsung? Maknanya cerita itu dipenuhi dengan misteri dan bertemakan thriller? Antara contoh drama yang mengangkat tema ini ialah “Strangers From Hell”, “The Priest”, “Voice” dan banyak lagi. Anda tahu tak ada lagi satu drama thriller baru yang best sedang ditayangkan di OCN?

drama misteri thriller the lies within

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan tentang Jo Taesik (Lee Minki) yang merupakan seorang detektif yang bercita-cita tinggi tapi kini mahukan kehidupan yang lebih senyap dan normal. Disebabkan itu, dia telah berpindah ke balai polis terpencil di sebuah perkampungan kecil yang tidak mempunyai ramai penduduk. Semasa di sana, dia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes kematian seorang ahli parlimen iaitu Kim Seungcheol. Walaupun dikatakan kematiannya disebabkan oleh kemalangan jalan raya, tetapi Jo Taesik merasakan bahawa kes itu tidak diselesaikan secara telus. Lebih mengejutkan apabila menantu kepada ahli parlimen itu kemudiannya hilang.

drama misteri thriller the lies within

Kim Seohee (Lee Yooyoung) adalah anak bongsu kepada ahli parlimen tersebut dan suaminya kini juga telah menghilangkan diri. Disebabkan berkahwin atas dasar kepentingan keluarga, rumah tangga mereka tidaklah begitu aman. Bagi mencari keadilan untuk kematian ayahnya dan mencari suaminya yang hilang, wanita itu telah menjadi seorang ahli parlimen.

Titik penting dalam “The Lies Within”

Kisah ini bermula apabila suami Kim Seohee telah hilang sehari selepas kematian ayahnya. Cerita sebenar telah berjaya disembunyikan oleh ramai orang biasa yang tidak berani untuk membuka mulut. Setiap episod bakal membongkar rahsia yang disimpan rapi oleh mereka satu persatu.

Lee Yooyoung juga menjelaskan, “Saya berharap anda akan mendalami situasi yang dialami oleh Kim Seohee dan insiden lain yang berlaku selepasnya.” Lee Minki yang membawa watak seorang detektif yang berusaha keras bagi menyelesaikan kes ini menyatakan, “Tapak tangan anda akan berpeluh kerana terlalu ingin tahu mengenai perkembangan plot drama ini.”

drama misteri thriller the lies within

Seo Hyunwoo turut menambahkan lagi misteri kepada drama “The Lies Within” apabila dia menjelaskan bahawa setiap daripada watak ini ada menyimpan rahsia mereka sendiri.

Kesemua pelakon yang dipilih untuk menjayakan drama ini adalah sangat hebat dalam membawa watak mereka. Walaupun skripnya agak susah dan mencabar tetapi mereka semua mampu melakonkannya.

Tak sabarnya nak tengok! Walaupun beberapa episod baru ditayangkan tetapi nampak macam best je!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...