Ikuti Kami:

Drama Thriller ‘Born Again’ Ungkap Kisah Kelahiran Semula Yang Berselirat, Catat Rating Baik Pada Episod Awal!

Drama Thriller ‘Born Again’ Ungkap Kisah Kelahiran Semula Yang Berselirat, Catat Rating Baik Pada Episod Awal!

KBS kini kembali dengan drama thriller dan juga romantik iaitu “Born Again”! Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja untuk melihat naskhah yang mengangkat tema kelahiran semula ini yang bersangkut-paut dengan masa sekarang.

Pengenalan “Born Again”

Daripada permulaan drama “Born Again”, penonton dapat melihat Jin Se-yeon menelusuri tepian jalan yang berangin sambil mempersoalkan sama ada pencarian cinta itu terletak kepada takdir. Apa yang tidak diketahui oleh wataknya ialah nasibnya sudah pun ditentukan daripada kehidupan sebelumnya.

Menerusi drama romantik dan thriller jenayah ini, Jin Se-yeon memegang dua watak termasuklah dua pelakon lelaki utama yang lain iaitu Jang Ki-yong dan Lee Soo-hyuk. Jiwa kesemua mereka saling mempunyai kaitan termasuklah daripada tahun 1980 dan juga masa sekarang di mana mereka kembali bertemu. Kehidupan lampau setiap watak ini saling mempunyai kaitan dan berselirat dalam perjalanan menemui cinta tidak kesampaian dan kehilangan yang menyakitkan.

Pada tahun 1980, Jin Se-yeon memainkan watak Jin Ha-eun iaitu seorang pemilik kedai buku yang mempunyai penyakit jantung dan memerlukan pemindahan segera. Pada dunia sekarang. Jung Sa-bin pula ialah seorang wanita yang suka menyelesaikan misteri menerusi kariernya sebagai pakar arkeologi.

jin seyeon born again

Jang Ki-yong mula memainkan watak Kong Ji-cheol dalam kehidupan sebelumnya di mana lelaki ini sering didera secara fizikal dan mental oleh ayahnya yang berjiwa binatang. Lelaki ini yang terlampau dahagakan kasih sayang sehingga sanggup membunuh untuk mendapatkannya. Pada ketika itu, Ji-cheol mencintai Ha-eun iaitu satu-satunya wanita yang baik dengannya dan kini dia membawa watak sebagai Cheon Jong-beom iaitu seorang pelajar perubatan.

jang kiyong born again

Dalam kehidupan lampau, Lee Soo-hyuk membawa watak Cha Hyeong-bin, seorang detektif yang mahu mengahwini dan melindungi Ha-eun. Dalam dia sedang mengejar pembunuh bersiri yang mempunyai kaitan dengan Kong Ji-cheol, tanpa sedar ia juga berkait dengan Ha-eun yang sedang berusaha untuk mendapatkan rawatan bagi menyelamatkan nyawanya. Membawa watak sebagai Kim Soo-hyeok pada kehidupan sekarang, dia merupakan seorang pendakwa raya yang percaya bahawa penjenayah tidak akan berubah.

lee soohyuk born again

Bukan sahaja plot cerita yang membawa penonton ke kehidupan lampau dan juga masa sekarang tetapi “Born Again” juga sarat dengan kisah romantik tentang kelahiran semula sebelum mencampak anda ke lembah kajian thriller jenayah dalam sekelip mata sahaja.

Untuk menyelesaikan takdir mereka yang berselirat, karakter pada masa sekarang perlu menerima kisah hitam daripada kehidupan sebelumnya. Tidak mengetahui apa yang terjadi suatu ketika dahulu mungkin merupakan suatu yang baik kerana apa yang pernah berlaku mungkin akan menyerabutkan segalanya.

Reaksi penonton

Rata-rata penonton sepertinya teruja dengan tema kelahiran semula ini kerana setia babak masa kini yang dikaitkan dengan masa lampau membuatkan mereka tak senang duduk kerana sedikit demi sedikit kisah kesemua watak utama ini mula terbongkar.

Pun begitu, dalam penonton sibuk memuji jalan ceritanya tetapi terdapat juga segelintir netizen yang mempersoalkan barisan pelakon yang dipilih untuk menerajui drama ini. Mungkin disebabkan kisahnya yang berat, penonton tidak dapat merasai lakonan yang baik daripada Jin Se-yeon dan Lee Soo-hyuk. Tambahan pula, mereka sering mempunyai kontroversi mengenai mutu lakonan yang kurang menyengat.

penonton kritik lakonan dalam born again

Rating “Born Again” ini pada episod pertamanya mencatat angka 3.7% dan 4.1% yang merupakan satu pencapaian yang baik bagi drama baru. Pun begitu, sedikit mengecewakan apabila catatan itu turun mendadak ke 2.4% dan 2.8% pada episod keduanya.

Tonton “Born Again” menerusi saluran KBS pada setiap Isnin dan Selasa!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...