Ikuti Kami:

Drama Termahal MBC Bagi Tahun 2021, Namgoong Min Ditawar Terajui Drama Perisikan ‘Black Sun’

Drama Termahal MBC Bagi Tahun 2021, Namgoong Min Ditawar Terajui Drama Perisikan ‘Black Sun’

Belum pun drama barunya “Awaken” ditayangkan tetapi khabarnya Namgoong Min bakal berlakon dalam sebuah drama baru nanti.

Menurut laporan media, pelakon lelaki itu sedang dalam rundingan untuk membintangi drama “Black Sun” di bawah tayangan MBC. Ia katanya merupakan drama siasatan pengintip ala Korea yang membawa kisah seorang ejen di National Intelligence Service (NIS). Dalam usaha untuk mengejar siapa yang menjadi punca kejatuhannya, dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi musuh kuat di sebalik organisasi tersebut.

“Black Sun” dilaporkan ialah siri 12 bahagian dengan bajet sebanyak 15 bilion won (RM55.8 juta). Dikatakan ia adalah merupakan projek terbesar MBC untuk tahun 2021. Kalau Namgoong Min menerima tawaran ini, dia akan melakonkan watak Han Jin-hyuk iaitu seorang ejen pembunuh terbaik di Jabatan Risikan Luar dalam organisasi tersebut.

namgoong min

Selepas berita ini berterbangan, agensi naungan pelakon itu mengesahkan bahawa “Black Sun” merupakan antara salah satu drama yang sedang ditelitinya, namun belum ada keputusan muktamad yang dibuat lagi.

Namgoong Min memang menjadi rebutan ramai nampaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...