Ikuti Kami:

Drama Tentang Kebangkitan Gwangju Pada 1980, Lee Dohyun & Go Minsi Terima Tawaran Terajui ‘Youth Of May’

Drama Tentang Kebangkitan Gwangju Pada 1980, Lee Dohyun & Go Minsi Terima Tawaran Terajui ‘Youth Of May’

Sejak semakin popular dek drama “18 Again” ini, makin menjadi-jadi spotlight yang dilimpahkan kepada Lee Do-hyun!

Dengar cerita, pelakon lelaki itu telah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah drama KBS bertajuk “Youth Of May” bersama pelakon Go Min-si. Ia membawa kisah dua orang anak muda yang terlibat dengan Pergerakan Demokratik Gwangju yang berlaku pada 18 Mei 1980.

Lee Do-hyun dikatakan akan membawa watak Hwang Hee-tae, iaitu seorang remaja bermasalah yang bencikan perkara yang tidak boleh dijangkakan. Dia menggambarkan kehidupan senagai ‘perang terhadap prejudis’ dan bagi memecahkan tanggapan mengenai anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal, Hee-tae meraih gred tinggi sehingga berjaya memasuki Kolej Perubatan di Universiti Kebangsaan Seoul. Lelaki tersebut turut bermain gitar dan suka melawat ke kafe muzik namun dek satu situasi yang tidak dijangka, dia melalui Mei yang paling menyesakkan sekali dalam hidupnya.

kbs youth of may

Go Min-si pula dikhabarkan akan membawa watak Kim Myung-hee, seorang jururawat yang bekerja keras selepas meninggalkan kampung halamannya dan kini bersendirian di Gwangju. Walaupun dia bukanlah seorang yang ramah sehingga boleh memujuk pesakit yang menangis namun dia adalah bijak dan mempunyai kemahiran tinggi lantas boleh mencari pembuluh darah salam sesaat sahaja. Lebih kepada imej pahlawan daripada malaikat, dan tak sepertinya rupanya yang menawan, luarannya adalah dingin.

Selepas berita ini sampai ke telinga media, kedua-dua agensi pelakon tersebut mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran unuk membintangi drama “Youth Of May” dan sedang dalam pertimbangan.

Drama ini juga hanya akan mempunyai 12 episod dan mungkin akan ditayangkan ketika musim bunga tahun 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...