Ikuti Kami:

Drama ‘Rugal’ Penuh Elemen Sci-Fi & Aksi, Episod Awal Dah Buat Penonton Berdebar!

Drama ‘Rugal’ Penuh Elemen Sci-Fi & Aksi, Episod Awal Dah Buat Penonton Berdebar!

Kepada peminat K-Drama yang tak sukakan genre romantik dan melodrama, sudah pasti anda asyik tercari-cari drama yang lebih mencabar kan? Berita baik! Anda kini boleh menonton drama “Rugal” yang sarat dengan elemen sci-fi dan aksi menerusi saluran OCN.

Dua episod awal yang penuh tanda tanya

Kang Gibeom (Choi Jinhyuk) ialah seorang detektif yang mempunyai masa depan yang cerah di unit jenayah keganasan dan tidak dijangka bahawa kini, dia adalah suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya. Lebih mengejutkan apabila matanya telah dicederakan dengan pisau cukur oleh kumpulan pengganas ARGOS selepas dia menyaksikan pembunuhan itu dengan mata kepalanya sendiri. Hiba dengan keadaan hidupnya yang berubah dalam sekelip mata, pengarah kepada Rugal iaitu sebuah organisasi khas yang ditubuhkan untuk menghapuskan ARGOS telah datang dan mengambilnya sebagai ahli.

episod awal rugal

Sebelum dipenjarakan, pengarah RUGAL iaitu Geuncheol (Kim Minsang) telah memberikan alat pendengaran kepada Gibeom supaya dia dapat menjalani kehidupannya dengan lebih mudah atas kekurangannya. Pengarah tersebut melatih deria dan kekuatan banduan itu selama lebih kurang 6 bulan dan memulakan misi untuk membawanya keluar daripada tahanan dan seterusnya membalas dendam terhadap ARGOS.

Walaubagaimanapun, rancangan itu gagal selepas kumpulan pengganas itu berjaya mengepung Gibeom dan cuba membunuh lelaki itu ketika di hospital. Tetapi detektif itu menumpaskan cubaan tersebut dan Geuncheol sempat menyelamatkannya sebelum dia diberkas kembali oleh pihak polis. Dari situ, Gibeom diberikan pembedahan mata buatan yang mempunyai kuasa dan akan menjadi senjata manusia untuk memusnahkan ARGOS.

episod awal rugal

Lebih memeningkan apabila seorang lelaki bernama Daesik muncul dan mengakui bahawa dialah yang sebenarnya membunuh isteri Gibeom dan dia hanya akan menyerahkan diri selepas berjumpa dengan lelaki itu. Semasa disiasat, lelaki tersebut gelak dengan kuat dan mengatakan bahawa dia hanya melakukan seperti apa yang disuruh dan kemudiannya meletupkan diri sendiri sehingga membuatkan Gibeom tergamam seribu bahasa.

Drama sci-fi yang menagihkan

“Rugal” nampaknya berjaya ‘menghidupkan’ elemen sci-fi dan aksi yang cukup sehingga membuatkan penonton tak sedar masa yang berlalu sehinggalah tamat tayangan. Lakonan mantap yang ditonjolkan oleh Choi Jinhyuk dan Park Sungwoong. Drama ini juga berjaya meraih rating yang boleh tahan baik bagi saluran OCN yang terkenal dengan naskhah ‘di luar kotaknya’. Episod pertama telah mencatatkan 2.61% manakala terdapat sedikit peningkatan pada episod seterusnya iaitu 3.85%.

Kepada sesiapa yang minat drama sci-fi dan aksi, sememangnya anda patut mula menontonnya daripada sekarang. Jangan risau kerana anda boleh menontonnya di Netflix!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...