Ikuti Kami:

Drama Romantik Komedi ‘Tale Of Nokdu’ Ungguli Rating Untuk Slot Tayangan Isnin-Selasa!

Drama Romantik Komedi ‘Tale Of Nokdu’ Ungguli Rating Untuk Slot Tayangan Isnin-Selasa!

Asyik cerita tentang drama thriller dan aksi sahaja kan? Kali ini admin nak cerita pula tentang satu drama sejarah baru yang sedang ditayangkan di saluran KBS. Sebelum ditayangkan lagi, ramai yang sudah ternanti-nantikan drama ini kerana tak sabar nak lihat gandingan pelakon Kim Sohyun dan pelakon baru iaitu Jang Dong Yoon. Lagi mengujakan apabila Jang Dongyoon telah berpakaian seperti wanita dalam naskhah ini bagi menjayakan wataknya!

Drama ‘Tale of Nokdu’ ini mengisahkan tentang Jeon Nokdu (Jang Dongyoon) yang tinggal di sebuah pulau dengan ayah dan abangnya. Dia merupakan seorang yang sangat bijak dan mahir dalam menggunakan pedang. Sejak kecil, ayahnya menghalangnya daripada belajar dan pergi ke tanah besar. Namun begitu, pada suatu hari, ayah dan abangnya telah diserang oleh sekumpulan pembunuh upahan dan menyebabkan Nokdu mengejar salah seorang daripada mereka sehingga ke pekan. Ketika itu, dia telah terserempak dengan Dong Dongju (Kim Sohyun) yang sedang dalam percubaan memanah raja tetapi telah diselamatkan oleh lelaki itu. Sementara itu, pembunuh upahan yang dikejarnya melarikan diri ke dalam sebuah perkampungan balu wanita.

tale of nokdu dibintangi oleh kim sohyun dan jang dongyoon

Bagi mencari tahu tentang sebab keluarganya diserang, Nokdu telah menyamar sebagai seorang wanita dan memasuki perkampungan itu. Di situ, dia bertemu semula dengan Dongju dan mempelajari bahawa gadis itu adalah gundik dalam percubaan. Daripada itu, bermulalah kisah diantara Nokdu dan Dongju.

Walaupun baru sahaja ditayangkan, drama komedi romantik ini telah berjaya mengungguli tempat pertama bagi drama dalam slot tayangan yang sama. Episod terbaru ‘Tale of Nokdu’ telah mendapat rating 5.4% dan 7.1% semasa tayangannya. Hebat!

tale ok nokdu ungguli slot tayangannya

Kepada sesiapa yang ingin menonton drama ini, bolehlah berbuat demikian dengan menunggu tayangan rasminya menerusi saluran KBS World atau pun menontonnya di laman web drama Korea yang asli. ‘Tale of Nokdu’ sesuai untuk peminat K-Drama yang meminati drama yang ringan dan tidak memeningkan kepala. Boleh tonton untuk hilangkan stres!

Sumber: Soompi, Asianwiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...