Ikuti Kami:

Drama Popular, Webtoon ‘A Business Proposal’ Pula Meningkat Naik Secara Global Kini

Drama Popular, Webtoon ‘A Business Proposal’ Pula Meningkat Naik Secara Global Kini

Bukan sahaja drama, nampaknya webtoon “A Business Proposal” pun terus mendapat sambutan hangat di pelbagai negara.

Baru-baru ini, Kakao Entertainment mengumumkan bahawa webtoon tersebut menduduki tangga pertama selama dua minggu di Kakao Webtoon Thailand, dan tiga minggu di Kakao Webtoon Taiwan dan Kakao Page Indonesia.

Dengan kejayaan drama itu yang baik dek pencapaian rating lebih 10%, ianya turut tersenarai tinggi di Netflix beberapa negara Asia seperti Korea, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dan Filipina kini.

webtoon a business proposal

Walaupun webtoon itu sudah pun tamat, namun jumlah bacaannya meningkat sebanyak 10 kali ganda di Thailand dan 13 kali ganda di Indonesia dan Thailand selepas drama itu disiarkan sekaligus membuktikan sinergi di antara yang asal dan adaptasinya.

Untuk pengetahuan, “A Business Proposal” ialah drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...