Ikuti Kami:

Drama Popular ‘Princess Hours’ Bakal Dihasilkan Semula

Drama Popular ‘Princess Hours’ Bakal Dihasilkan Semula

Ingat tak drama popular tahun 2006 iaitu “Princess Hours”? Memang hebat kan penangan naskhah itu di serata Asia.

Kalau anda nak tahu, khabarnya komik asal iaitu “Goong” sudah sah bakal mendapat adaptasi kali kedua nanti. Serius lah?!

Menurut laporan media, Jae Dam Media yang bertanggungjawab menguruskan komik “Goong” telah menandatangi kontrak untuk naskhah pembuatan semula (remake) dengan Group 8, iaitu merupakan syarikat produksi drama yang sama menghasilkan drama “Princess Hours” yang pertama dahulu.

Kalau anda nak tahu, “Princess Hours” membawa kisah dunia alternatif di mana Korea Selatan diperintah di bawah perlembagaan monarki. Teraju utamanya ialah putera raja yang terpaksa berkahwin dengan seorang wanita biasa. Komik tersebut mula diterbitkan sejak 2003 dan terus menjadi siri popular selama 10 tahun lamanya.

remake princess hours

Bukan sahaja drama, “Goong” turut diterjemahkan kepada pelbagai medium lain seperti noverl dan juga muzikal. Bahkan siri “Princess Hours” turut mempunyai sekuelnya iaitu “Goong S” (“Prince Hours”) pada tahun 2007.

Jelas CEO Jae Dam Media,

Walaupun terus menghasilkan projek baru adalah penting, namun dari sudut harta intelek juga sangat mustahak supaya memberikan nafas baru kepada projek bagus yang sedia ada. ‘Goong’ akan menjadi kes penting dalam ‘letupan’ IP kini.

“Princess Hours” ternyata disukai ramai sampaikan kepopularitian para pelakonnya iaitu Ju Ji-hoon, Yoon Eun-hye dan Song Ji-hyo melonjak sehingga ke persada antarabangsa.

Mesti korang tak sabar nak nantikan adaptasi kali kedua ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...