Ikuti Kami:

Drama Pembalasan Dendam, Park Haejin, Park Sungwoong & Lim Jiyeon Terajui ‘National Death Penalty Vote’

Drama Pembalasan Dendam, Park Haejin, Park Sungwoong & Lim Jiyeon Terajui ‘National Death Penalty Vote’

Yay drama baru lagi! Tapi kali ini, line-up nya semua pelakon hebat!

Terbaru, tiga pelakon, Park Hae-jin, Park Sung-woong dan Lim Ji-yeon disahkan bakal menjadi teraju utama bagi drama “National Death Penalty Vote”.

Drama ini merupakan adaptasi daripada siri popular webtoon Kakao dan mengisahkan mengenai konsep undian hukuman mati terhadap penjenayah ganas yang telah berjaya melarikan diri daripada undang-undang. Drama ini bakal melihatkan keadaan  “Gae Tal” yang bakal dijatuhi hukuman berdasarkan kepada keputusan undian serta polis yang cuba merungkai kebenaran yang dikemukan sendiri oleh “Gae Tal”.park haejinPark Hae-jin bakal membawa watak sebagai Kim Moo-chan, ketua bagi Unit 1 siasatan wilayah di Agensi Polis Wilayah Selatan. Manakala, Park Sung-woon bakal memegang watak sebagai Kwon Suk-joo, seorang banduan penjara yang menyerah diri selepas membunuh secara senyap, seorang lagi penjenayah yang melakukan serangan seksual terhadap anaknya yang berusia lapan tahun.

Lim Ji-yeon pula akan tampil dengan watak sebagai Joo Hyun, seorang leftenan di Biro Keselamatan Siber Agensi Polis Metropolitan Seoul. Joo Hyun pernah menjadi ‘ace’ Pasukan Penyiasat Siber namun setelah diupah untuk tugas khas, dia menjadi seorang individu yang menjadi tumpuan ramai.park sungwoongWah, ini drama aksi yang bakal menyentuh hati ke…

Drama ini katanya akan mula ditayangkan pada 2023, nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...