Ikuti Kami:

Drama Misteri ‘Secret Boutique’ Tamat Tayangan Dengan Rating Peribadi Terbaik!

Drama Misteri ‘Secret Boutique’ Tamat Tayangan Dengan Rating Peribadi Terbaik!

Setiap permulaan, pasti ada kesudahannya. Sama juga dengan drama Korea kegemaran anda, bestlah macam mana pun, tentu akan sampai ke penghujungnya. Sejak daripada minggu lepas lagi, sudah banyak drama yang menamatkan tayangan mereka, antara drama popular tersebut ialah “Extraordinary You”, “Tale Of Nokdu”, “When The Camellia Blooms” dan banyak lagi.

Kini satu lagi drama bergenre misteri iaitu “Secret Boutique” juga telah melabuhkan tirainya pada 28 November lepas. Ramai penonton yang puas hati melihat Jenny Jang merungkai misteri yang menyelubungi hidupnya. Naskhah ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jenny Jang (Kim Sunah) yang pada mulanya bekerja di rumah mandian sehingga berjaya menjadi pelobi yang berkuasa. Drama thriller ini membawa penonton meneroka kisah wanita itu mendaki tangga kejayaan tersebut selain menekankan kesusahan wanita dalam melawan kuasa dan dendam untuk terus hidup.

secret boutique tamat tayangan

Bukan sahaja kerana dendam, penonton juga merasa terkesan apabila melihat watak Sunwoo (Kim Jaeyong) yang tidak lepas pandang langsung daripada menjaga Jenny. Walaupun dia sedang mengalami kesulitan, lelaki itu akan memastikan wanita kesukaannya tidak diapa-apakan dahulu.

secret boutique tamat tayangan

Walaupun dilakonkan oleh pelakon veteran iaitu Kim Sunah, pun begitu drama ini jarang mendapat rating yang tinggi sepanjang tayangannya. Namun, pada episod terakhirnya “Secret Boutique” telah memecahkan rekodnya sendiri dengan mencatatkan rating tertinggi untuk episod tersebut. Menurut Nielsen Korea, drama itu mencecah rating 6.0% buat pertama kalinya di seluruh negara.

Bagi yang belum menonton drama ini, anda bolehlah cuba menontonnya kerana rahsia yang disimpan oleh setiap watak akan membuatkan semua tak senang duduk. Peminat drama yang mempunyai tema misteri dan dendam, anda diwajibkan menonton “Secret Boutique”!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...